Sebuah drone yang berlegar di atas pantai Polinesia Perancis berjaya merakam gelagat seumur hidup seekor anak ikan paus humpback yang berenang bersama dengan perenang.

Dua orang perenang mendekati anak ikan paus humpback itu dan bermain bersamanya sementara ibu ikan paus humpback pula sedang tidur di sisi mereka.

Pada waktu itu juga seorang jurugambar Australia Eamon Porter menyaksikan gelagat kumpulan itu jauh di atas perairan, selatan Pasifik bekas koloni -Perancis Tropika.

Kredit: Wikimedia | Roderick Eime

Dari jauh, kelihatan seperti sepasang udang kecil, rupa-rupanya mereka ialah dua orang perenang yang keluar untuk melakukan aktiviti snorkeling. Mereka mengamati sepasang ikan paus humpback dari jarak jauh dan mendekati haiwan tersebut.

Ibu ikan paus humpback  dilihat terapung tanpa bergerak, seolah-olah sedang tidur. Manakala, anaknya pula sedang seronok bermain sendirian dengan melakukan pelbagai aksi akrobatik seperti berenang dalam keadaan perut menghala ke atas dan menghempaskan ekornya di air sehingga menghasilkan percikan besar.

Tidak lama kemudian, anak ikan paus humpback menyedari kehadiran dua orang penyelam tersebut dan berenang untuk menyiasat dan mungkin mencari teman bermain yang baharu. Ketika itulah berlakunya sesuatu yang luar biasa.

 

Anak ikan paus humpback tersebut berenang di bawah salah seorang perenang dan untuk seketika “mengizinkan” perenang itu berada di atas perutnya untuk menikmati keasyikan bermain bersama. Tidak lama kemudian, anak ikan paus humpback kembali ke sisi ibunya.

Walaupun detik itu agak berbahaya yang mana ekor anak ikan paus humpback cukup kuat untuk menyebabkan kecederaan namun peristiwa tersebut sangat mempesonakan yang berlaku mungkin sekali dalam hidup.

Kini fotografi drone menjadi semakin popular. Seperti sepasang mata di langit, kita dapat melihat lebih banyak lagi perkara yang mengagumkan dan membolehkan penonton turut berkongsi pengalaman tersebut.

Seperti Eamon Porter, dia telah berkongsi rakaman tersebut dengan dunia dan anda pun boleh menyaksikan pertemuan ajaib ini juga.

Rakaman video drone yang menunjukkan keajaiban yang luar biasa itu:

Kredit: Caters Clips | YouTube

Sumber: Caters Clips | YouTube , Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds