Lazimnya, kasih sayang datuk dan nenek terhadap cucu ternyata sedikit berbeza dengan kasih sayang yang dicurahkan pada anak-anak mereka sendiri. Oleh yang demikian, saat cucu melawati dan mengunjungi datuk dan nenek, pasti akan membuatkan mereka gembira dan bersemangat!

Seperti yang berlaku pada datuk berusia 87 tahun ini yang dikenali sebagai Robert apabila cucu kesayangannya, Jennifer Barclay datang melawatnya.

Kedatangan si cucu disambut dengan begitu bermakna sehinggakan si cucu merakam dan memuat naik kompilasi rakaman video reaksi datuknya setiap kali dia melawatnya.

Video yang dimuat naik di akaun Twitternya telah menerima lebih daripada 8 juta tontonan dan 614,000 ‘like’ oleh pengguna Twitter.

Kredit: the.grandad.diaries

“Saya cuba melawat datuk dan nenek saya, sekali dalam seminggu. Kebiasaannya, kami akan menghabiskan masa dengan berbual sambil meminum secawan teh. Saya merakamkannya kerana saya amat sukakan reaksinya,” jelas Jennifer Barclay.

Robert dan nenek Jennifer, Mary telah hidup bersama selama 60 tahun, menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada 25 Oktober yang lalu.

Kredit: JenBarclayX

Netizen sememangnya sangat gembira dengan melihat ikatan erat antara cucu bersama datuk dan nenek berkenaan.

Lihat bagaimana reaksi datuknya setiap kali melihat cucu perempuan melawatnya:

Kredit: JenBarclayX , Web video

Sumber: Bored Panda , JenBarclayX | Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds