Tara Monroe merupakan seorang pelajar di Universiti dan sudah menjadi kebiasaan di mana pelajar di kolej mempunyai lesen memandu sendiri. Namun, agak malang bagi Tara kerana ditahan ekoran memandu dalam keadaan mabuk ketika pulang daripada konsert Waka Flocka Flame.

Ekoran daripada kejadian itu, lesen memandu Tara digantung lalu menyebabkan bapanya mengambil kembali keretanya daripada Tara. Tara enggan untuk menaiki bas atau menunggang motosikal di dalam kampus sebaliknya memilih untuk membawa kenderaan Jeep Barbie bewarna merah jambu. Hal berkenaan menyebabkan Tara dengan pantas dikenali ramai di kampus sekaligus popularitinya terbawa hingga ke media sosial.

Tara menemui kenderaan barunya menerusi iklan di Craigslist dengan harga $60 (RM250). Dia kemudian mengecaj bateri kereta barunya yang berkapasiti sehingga 12-voltan yang berupaya bergerak sejauh 5 batu per jam. Menurut San Antonio Express-News, kereta berkenaan di bawah nama Charlene, iaitu nama pemilik sebelumnya.

Walaupun sebenarnya dia boleh bergerak dengan lebih laju menggunakan motosikal (purata kelajuan sehingga 15 batu per jam), namun Tara lebih berminat untuk berseronok dengan kenderaan yang mempunyai ikon terkenal seperti Barbie yang bewarna merah jambu!

Lihatlah beberapa gambar yang dikongsi rakan Tara yang menunjukkan Tara bersama Jeep Barbie kesayangannya di sekitar kampus:

Video yang memaparkan sebab mengapa Tara Monroe mula mengendalikan ‘kenderaannya’ yang berwarna merah jambu ini:

Kredit: Inside Edtion | YouTube

Sumber: Sneak Hype

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds