Perniagaan dalam talian atau ‘online shopping‘ semakin terkenal pada masa kini. Tidak perlu bersusah payah beratur, menempuh kesesakan lalu lintas dan boleh berbelanja pada bila-bila masa menjadikan online shopping adalah pilihan utama untuk berbelanja.

Antara portal online shopping yang terkenal ialah 11street, Shopee, Lazada, Zalora dan banyak lagi. Selain itu, laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya turut menjadi medan niaga buat para peniaga dunia maya.

Bermacam-macam produk yang boleh ditemui di laman sesawang tersebut seperti pakaian, makanan, barangan elektrik dan bermacam-macam lagi.

Kebiasaannya online shopping ini lebih diterokai oleh golongan muda tetapi nampaknya perkongsian dari seorang pengguna Twitter ini bakal mengubah pendapat anda tentang pengguna online shopping.

Abdul @nilatip telah berkongsikan kisahnya ‘dimarahi’ oleh ayahnya apabila pokok mangga sampai di rumah. Rupa-rupanya pokok mangga tersebut dibeli oleh ibunya secara atas talian.

Menurut Abdul@nilatip dialah yang telah mengajarkan ibunya online shopping dan pokok mangga itu adalah antara benda yang dibeli oleh ibunya.

Selepas tweet itu menjadi tular, ramai netizen yang baharu menyedari bahawa pokok juga boleh dibeli secara atas talian. Antaranya ialah [email protected] Hasil cariannya di Shopee, dia menemui beberapa jenis pokok yang dijual di sana.

[email protected] juga melakukan carian ‘pokok’ di Shopee. Menurutnya macam-macam pokok ada termasuklah petai!

Selain itu, [email protected]_Syahid dan [email protected] juga turut menyatakan perasaan terkejutnya dengan kisah tular tersebut dan tidak menyangka pokok juga dijual secara atas talian.

Rentetan daripada kisah tular itu, ada netizen yang turut berkongsikan gelagat ibu bapa mereka yang ‘ketagih’ dengan online shopping.

Menurut [email protected], ibunya ada membeli sotong dan ikan di Facebook tetapi disebabkan bahan mentah yang dibeli itu bersaiz kecil dan tidak seperti dalam gambar, ibunya tidak lagi membeli di Facebook. Namun setiap minggu ada sahaja barang yang sampai di rumah dan ternyata ibunya membeli di Shopee pula.

Seperti Najwaa [email protected], dia pun turut membeli barang basah di Instagram. Katanya ikan sudah disiang dan dibasuh dan hanya perlu dimasak sahaja.

[email protected]_huda, [email protected] dan if dan only [email protected] juga turut berkongsi kisah ibu dan ayah masing-masing yang suka berbelanja secara atas talian. Macam-macam barang yang dibeli oleh mereka sejak mempunyai akaun di portal online shopping.

Nampaknya bukan golongan muda sahaja yang gemar berbelanja secara atas talian, ibu bapa yang berusia juga gemarkannya!

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds