Kejutan istimewa untuk meraikan hari lahir pasangan, melamar dan kejutan untuk mengumumkan kepada suami bahawa mereka bakal menimang cahaya mata merupakan satu perkara yang kerap dilakukan bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia!

Namun, jarang sekali dapat kita lihat seorang anak membuat kejutan yang sungguh menyentuh hati khusus untuk ibu bapa masing-masing…

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pelajar ketenteraan di Royal Military College Saint-Jean, Kanada yang dikenali sebagai Fahmi telah melakukan kejutan kepada kedua ibu bapanya setelah sekian lama berada di negara asing dan tidak bersua muka.

Kredit: Twitter @Fahmie_yunuss

Video yang menular ini bukan sahaja membuatkan air mata ibu bapa Fahmi mengalir melihat usaha anak mereka untuk melakukan kejutan berkenaan tetapi turut membuatkan netizen tersentuh!

Fahmi turut mengongsikan di Twitter mengenai perancangannya untuk membuat kejutan tersebut. Menurut Fahmi, dia telah merancang segala-galanya dengan teliti supaya kedua ibu bapanya tidak mengesyaki apa-apa. Malah, ibu bapanya turut menyangkakan bahawa Fahmi akan berada di rumah keluarga angkat bapanya di Amerika Syarikat.

Setibanya Fahmi di Malaysia pada 8 Disember lalu, dia terpaksa menangguhkan rancangannya itu kira-kira seminggu memandangkan keluarganya ke Indonesia bagi meraikan sambutan Hari Keluarga…

“Masa nak balik tu, saya dapat tahu yang keluarga saya pergi Hari Keluarga di Indonesia pada 8/12/2018 sehingga 16/12/2018. Penerbangan saya pada 8/12/2018 jadi memang tidak sempat untuk bertemu mereka.”

Memandangkan keluarganya tidak berada di Malaysia, maka Fahmi memutuskan untuk ke Tapah bagi memberi kejutan kepada teman wanitanya. Fahmi menghabiskan masa seminggu bersama teman wanitanya sementara menunggu keluarganya pulang ke Malaysia.

Kredit: Twitter @Fahmie_yunuss

Fahmi turut mengakui terpaksa menahan diri daripada membuka aplikasi WhatsApp bagi mengelakkan ibu bapanya tahu bahawa dia berada di Malaysia.

Setelah tiba hari yang dinantikan, Fahmi yang pada ketika itu berada di Kelantan segera memandu pulang apabila mengetahui ibu bapanya sudah menaiki penerbangan pulang ke Malaysia. Fahmi turut menceritakan bagaimana dia perlu meredah kesesakan trafik dan hujan yang lebat demi menyambut kepulangan keluarga tercinta…

Kredit: Twitter @Fahmie_yunuss

“Saya memulakan perjalanan pada jam 2 petang. Saya sangat bimbang kerana menurut Waze perjalanan ini akan mengambil masa selama 7 jam. Saya takut apabila saya tiba di rumah, mereka sudah ada tetapi saya kekal tabah dan meneruskan perjalanan balik ke rumah”.

Jelas Fahmi, tanpa bantuan daripada adik-beradik, rakan-rakan serta pembantu peribadi bapanya, kejutan ini pasti tidak menjadi…

Kredit: Twitter @Fahmie_yunuss

Kredit: Twitter @Fahmie_yunuss

“Saya terpaksa WhatsApp adik dan minta dia beritahu lokasi terkini. Saya juga minta dia ajak keluarga pergi makan atau gunting rambut memandangkan saya masih di lebuhraya.”

Kemudian, Fahmi menunggu bapanya di pejabat dan akhirnya berjaya membuat kejutan yang kedua.

Kredit: Twitter @Fahmie_yunuss

Kredit: Twitter @Fahmie_yunuss

Setelah selesai menemui bapanya, Fahmi teruja untuk membuat kejutan yang ketiga kepada ibu tercinta pula… Bagi kejutan kali ini, Fahmi telah merancang segala-galanya dengan adik seperti yang dapat anda lihat pada tangkapan layar di bawah.

Kredit: Twitter @Fahmie_yunuss

Fahmi memberitahu bahawa dia mendapat inspirasi untuk melakukan kejutan tersebut kerana gemar menonton video kejutan yang dilakukan oleh para tentera Amerika Syarikat di YouTube.

Kredit: Twitter @Fahmie_yunuss

Kejutan yang dirancang dengan penuh teliti ini mendapat reaksi yang memuaskan dan Fahmi yakin ianya sedikit sebanyak menggembirakan hati orang-orang tercinta. Mungkin anda juga perlu mengikuti jejak langkah Fahmi dalam membahagiakan kedua ibu bapa.

Sumber: SAYSTwitter @Fahmie_yunuss

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds