KUALA LUMPUR- Jika ditanya mengenai bagaimana hendak menilai kecantikan seorang wanita atau ketampanan seorang lelaki, pasti ramai yang memberi jawapan yang pelbagai dan tidak kurang juga yang berpendapat perkara tersebut adalah subjektif.

Terkini, majalah portal berita atas talian Amerika Syarikat, The Gazette Review telah menyenaraikan 10 lelaki terkacak di muka bumi mengikut penilaian mereka sendiri.

Mari lihat siapakah 10 lelaki itu dan adakah lelaki yang anda fikirkan kacak itu turut tersenarai dalam senarai tersebut?

10. Channing Tatum

Untuk pengetahuan anda, pelakon yang berusia 38 tahun ini sebenarnya mula muncul dalam industril hiburan dengan membintangi video muzik Ricky Martin, She Bangs pada tahun 2000.

Muncul di layar perak pada tahun 2005 buat pertama kali dalam filem pertamanya Coach Carter, Tatum mula mengorak langkah ke hadapan dan telah membintangi 55 buah filem setakat ini. Namanya melonjak naik selepas muncul dalam filem Step Up pada tahun 2006.

9. Jeon Jungkook

Siapa sangka lelaki Asia Timur juga turut tercalon dalam senarai 10 lelaki terkacak dunia dalam majalah The Gazette Review.

Jeon Jungkook merupakan artis daripada kumpulan k-pop BTS yang berbakat dalam nyanyian, rap dan menari semakin terkenal di seluruh dunia menjadikan dia calon yang layak menduduki tangga ke-9.

8. Zayn Malik

Zayn bersama rakan-rakan yang lain telah menubuhkan kumpulan One Direction ketika menyertai rancangan pertandingan muzik Britain, The X Factor pada tahun 2010.

Pada tahun 2015 Zayn mengambil keputusan meninggalkan kumpulan tersebut untuk bergerak solo dan terus mengukuhkan namanya sebagai artis “A-List”. Zayn juga dikenali dengan sifatnya yang pemurah dan aktif dalam bidang kebajikan.

7. Enrique Iglesias

Enrique berjaya menggilap bintangnya sendiri dan keluar daripada bayang-bayang bapanya Julio Iglesias yang merupakan lagenda muzik Sepanyol.

Enrique mula mendalami muzik arus perdana sejak tahun 2000 lagi dan merupakan antara bintang ‘senior’ muzik yang masih segar hingga ke hari ini.

6. Chris Hemsworth

Lebih dikenali dengan jolokan gelaran “Thor”, Chris Hemsworth adalah antara bintang utama francais Marvel sejak beberapa tahun lalu termasuk filem Thor (2011), The Avengers (2012), Thor: The Dark World (2013), Avengers: Age of Ultron (2015), Doctor Strange (2016), Thor: Ragnarok (2017) dan Avengers: Infinity War (2018).

Biarpun kebelakangan ini Hemsworth kerap sibuk di Hollywood, dia dan isterinya Elsa Pataky yang merupakan aktres Sepanyol masih lagi menetap di tanah airnya, Australia.

5. Hrithik Roshan

Menerusi filem Kabhi Kushi Kabhie Gham, lakonan pelakon Bollywood ini memang mantap sehingga mampu membuatkan penonton mengalirkan air mata ketika menonton filem tersebut.

Roshan bukan sahaja berbakat dalam lakonan malah dia juga mempunyai bakat dalam menari dan menyanyi.

Oleh itu tidak hairanlah jika dia merupakan antara bintang Bollywood yang menerima gaji tertinggi di negara itu dan mempunyai patungnya sendiri di muzium Madame Tussauds Wax di London.

4. Johnny Depp

Lakonannya yang ‘menyakitkan hati’ dan lucu sebagai Jack Sparrow dalam filem Pirate of the Caribbean pasti membuatkan ramai yang tidak mudah lupa dengan aktor ini yang sebenarnya sudah pun berusia 55 tahun.

Depp telah mendapat status “jejaka idaman” sejak awal tahun 90-an lagi dan ternyata dia mempunyai auranya yang tersendiri lain dari jejaka lain apabila tersenarai dalam 10 lelaki terkacak dunia ini.

3. George Clooney

Mendengarkan perkataan ‘tua’ sudah cukup menggerunkan ramai orang namun tidak bagi Clooney. Dia pernah menjadi lelaki tertua dinobatkan sebagai lelaki paling seksi oleh majalah People pada tahun 2006.

Clooney mula menempa nama melalui drama ER pada tahun 90-an dan sering kali tergolong dalam senarai “lelaki kacak”.

Selepas 21 tahun membujang, Clooney mengahwini peguam dan aktivis hak asasi manusia pada tahun 2014 dan dikurniakan sepasang kembar pada tahun 2017.

2. Barun Sobti

Siapa sangka bintang Bollywood Barun Sobti yang mula muncul di kaca televisyen pada tahun 2009 turut tersenarai sebagai lelaki kacak pilihan The Gazette Review.

Beliau yang masih baharu dalam industri hiburan ini nampaknya mempunyai auranya yang tersendiri dan mungkin dengan kebangkitan dan kegigihannya dalam bidang ini, dia boleh menempa nama dalam pentas antarabangsa.

1. Chris Evans

Bagi anda yang gemar menonton filem Captain America, anda bolehlah bersorak kegembiraan kerana bintang pujaan hati anda ini menduduki tangga pertama dalam senarai 10 lelaki terkacak dunia oleh The Gazette Review!

Chris Evans bukan sahaja kacak bergaya, malah bintang berusia 37 tahun ini sebenarnya berbakat besar kerana melakukan sendiri adegan-adegan aksi dalam semua filemnya dan tidak menggunakan khidmat pelakon aksi.

Selain sudah membintangi lebih 52 buah filem setakat ini, Chris Evans juga turut mengarah dalam filem Before We Go pada tahun 2014.

Gandingan bakat dan ketampanan pelakon ini memang cukup untuk melayakkannya dinobatkan sebagai lelaki terkacak dunia tahun ini.

 

Sumber: ASTRO AWANI

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds