PETALING JAYA – Sebuah gerai menjual mi daging Thai di Singapura menerima kunjungan mengejutkan daripada dua bekas Perdana Menteri Thailand iaitu Thaksin Shinawatra dan juga adiknya, Yingluck Shinawatra.

Kredit: Ing Shinawatra/Facebook

Menurut saluran berita penyiaran Singapura iaitu Channel News Asia, pemilik gerai ‘Thaksin Beef Noodle’ yang terletak di Pusat Makanan Seah Im berdekatan HarbourFront itu sangat teruja dan berbangga kerana berpeluang menghidangkan makanan jualannya kepada dua tokoh politik terkemuka itu.

Kredit: Jaesen Ng/Facebook

“Saya sangat gembira. Lagi pun, saya memang menamakan gerai ini sempena beliau,” kata pemilik gerai, Jaesen Ng yang berusia 64 tahun itu.

Ng memberitahu bahawa dia mula membuka gerai berkenaan pada tahun 2003 dan memilih nama ‘Thaksin’ bagi menjadikan gerainya mempunyai nama yang mudah diingati. Malah, dia turut menyimpan hasrat untuk menemui pemimpin itu pada suatu hari nanti.

“Saya tahu di dalam hati saya mahu menemui beliau.”

Kredit: Ing Shinawatra/Facebook

Memetik laporan Channel News Asia, Ng mendakwa mula jatuh hati dengan hidangan mi daging Thailand itu pada tahun 1987 sewaktu dia bekerja di Bangkok selama setahun.

Peluang menemui Thaksin dan Yingluck ternyata membuatkan Ng begitu senang hati apatah lagi bekas pemimpin Thailand itu turut memuji keenakan masakan yang disediakan oleh Ng. Mereka telah memesan sebanyak tiga mangkuk mi daging dan sepinggan Phad Thai. Malah, Yingluck turut meminta sepaket cili kering resipi Ng untuk dibawa pulang.

Sumber: The StarCoconutsIng Shinawatra/FacebookJaesen Ng/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES HIBURAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds