Haiwan peliharaan sentiasa menghiburkan kita dengan gelagat mereka. Selain itu, mereka juga mudah memahami setiap arahan yang diberikan selepas menjalani latihan secara berkala. Mereka juga ada masanya rajin melakukan sesuatu tugasan tanpa disuruh.

Mungkin anjing ini adalah contoh haiwan peliharaan yang sangat rajin dan bijak di dunia. Ini kerana, anjing ini berupaya melakukan apa sahaja untuk membantu tuannya di kebun.

Di dalam video ini, seekor anak anjing dilihat sedang membantu tuannya menanam pokok kentang di kebun.

Menurut pemilik anjing ini, haiwan peliharaannya itu bukan sahaja melakukan kerja-kerja berkebun secara tanpa disuruh malah mahu menyiapkannya sendiri.

Anak anjing telah menutup semua lubang tanah yang telah digemburkan dan diletakkan biji benih kentang oleh tuannya. Anak anjing ini telah melakukannya dari satu lubang tanah ke satu lubang tanah yang lain.

Anak anjing ini kelihatan benar-benar mengagumkan ketika melakukan kerja-kerja tersebut. Mungkin selepas berulang-kali melihat tuannya bekerja, anak anjing ini pun tahu bagaimana hendak melakukannya.

Berkebun di kebun kentang bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Sebelum menanam benih, tanah hendaklah digembur secara dalam barisan untuk memudahkan proses penanaman kentang.

Selain itu, setiap benih tersebut perlulah ditanam dengan jarak yang bersesuaian supaya setiap pokok mendapat nutrisi daripada tanah dan matahari yang mencukupi untuk membesar dengan sihat.

Pasti tuan kepada anak anjing ini berasa lega kerana ada pembantu yang begitu rajin dan berdedikasi seperti haiwan peliharaannya itu.

Tonton video yang disediakan untuk melihat anak anjing yang rajin dan bijak membantu tuannya di kebun.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds