Menanti saat kelahiran memang cukup mendebarkan terutama bagi mereka yang menyambut kelahiran kali pertama. Antara orang yang paling tidak senang duduk di saat itu sudah tentulah si suami kerana dia bakal menjadi ayah.

Pelbagai gelagat yang dapat dilihat ketika itu. Ada suami yang tenang sambil menunggu di luar bilik bersalin, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada juga yang turut menemani isteri di dalam bilik bersalin.

Begitulah juga perihalnya dengan penguin dalam video ini. Penguin jantan dilihat begitu setia menemani penguin betina yang sedang mengharungi saat-saat kelahiran.

Seperti kebanyakan burung laut, penguin cenderung untuk hidup lama. Mereka mungkin mengambil masa tiga hingga lapan tahun untuk mencapai kematangan seksual.

Namun, secara purata penguin akan memulakan kehidupan berkeluarga ketika berusia lima tahun dan ada penguin jantan yang mula mencari pasangan ketika berusia lapan tahun.

Kebanyakan spesies mempunyai musim pembiakan tahunan iaitu dari musim bunga hingga musim panas. Apabila tiba masa untuk mengeramkan telur mereka, ada spesies penguin yang bergilir-gilir dengan pasangan untuk menjaga telur mereka dan keluar memburu.

Ini kerana proses pengeraman berbeza bagi setiap spesies. Ada spesies yang mengambil masa selama sebulan untuk mengeramkan telur dan ada spesies yang mengambil masa antara 62 dan 66 hari.

Selepas menetas, anak penguin akan mengambil masa selama tiga hari untuk meninggalkan cangkerang mereka. Mereka dilahirkan dalam keadaan tidak nampak, tiada bulu dan tidak berdaya.

Ibu dan bapa penguinlah yang akan memberi makan kepada anak mereka serta melindungi si kecil itu daripada ancaman musuh.

  

Sumber: COCO

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds