Dalam kehidupan seharian, kita membeli pelbagai jenis keperluan dalam bentuk botol dan juga dibungkuskan di dalam plastik. Sabun mandi, syampu, makanan ringan, produk penjagaan wajah dan bermacam-macam lagi!

Namun, bukan semua orang akan mengitar semula bekas-bekas plastik dan juga botol yang telah digunakan ini. Kebiasaannya, ia akan dibuang sehingga menyebabkan berlakunya lambakan sampah dan plastik di muka bumi pada ketika ini.

Oleh sebab itulah, terdapat satu premis sifar sampah yang terletak di Seksyen 19, Petaling Jaya dikenali sebagai NUDE The Zero Waste Store yang menjual pelbagai barang keperluan di rumah dengan harga yang berpatutan tanpa menggunakan sebarang pembungkusan!

Kredit: NUDE The Zero Waste Store

Mungkin anda musykil dengan konsep kedai ini yang menjual barangan tetapi tidak menyediakan bungkusan untuk memudahkan barangan itu dibawa balik. Apatah lagi jika produk yang dibeli itu adalah produk cecair.

Mudah sahaja! Anda cuma perlu membawa bekas simpanan anda sendiri dari rumah! Anda boleh menggunakan bekas botol syampu yang telah habis dan sebagainya untuk dibawa ke kedai ini dan mengisi apa-apa produk yang anda ingin beli.

Kredit: Instagram @jayceezhuang

Menurut pengasas bersama NUDE The Zero Waste Store iaitu Cheryl Anne Low dan Wilson Chin, perkara pertama yang perlu pelanggan lakukan adalah menimbang bekas-bekas kosong yang dibawa. Proses penimbangan ini boleh dilakukan di kedai.

Setelah itu, pelanggan hanya perlu mengisi produk yang diinginkan dan lakukan penimbangan semula. Kemudian, langkah terakhir adalah bayar!

Kredit: NUDE The Zero Waste Store

Harga produk yang dijual di kedai ini juga amatlah berpatutan… Bagi produk cecair, harganya bermula serendah RM4 dan dijual dalam kilogram, bukannya liter.

“Mantera kami adalah untuk menjadikan pembelian sifar sampah berjaya yang bermakna harga berpatutan kepada pelanggan pertengahan supaya lebih ramai individu dapat mengamalkan sifar sampah!” kata Low.

Antara produk cecair yang terdapat di kedai ini adalah seperti sabun pencuci pinggan, sabun pencuci tangan, krim mandian, sabun pencuci baju, pelembut fabrik dan juga sabun mandian haiwan.

Malah, anda juga boleh mendapatkan ubat penghalau serangga yang sangat efektif untuk menghapuskan serangan serangga dan gigitan nyamuk di rumah! Cecair ini mengandungi 100% bahan semula jadi yang dibekalkan oleh syarikat produk berasaskan air tempatan iaitu Gramp’s Asia.

Kredit: NUDE The Zero Waste Store

“Ianya selamat berada di sekeliling kanak-kanak dan juga haiwan. Tiada racun, tiada bahan toksin. Selamat diletakkan di dapur berdekatan makanan anda juga. Sangat efektif! Kami tahu kerana kami menggunakannya di rumah”.

Antara produk penghalau serangga yang dijual termasuklah Bye Bye Nyamuk, Bye Bye Cicak, Bye Bye Semut dan Bye Bye Lipas!

Di samping itu, dalam kategori ‘Moods’ pula melibatkan penjualan pelbagai rangkaian produk kecantikan dan juga penjagaan kulit istimewa untuk anda seperti pencuci wajah The Mineraw, Skrub Honey Glow, syampu kering, serum serta tuala wanita!

Kredit: NUDE The Zero Waste Store

“Jika kami tiada pilihan item untuk diisi, pelanggan boleh memulangkan bekas itu kepada kami bagi mendapatkan rebat sebanyak RM2 pada pembelian seterusnya”.

Sementara itu dalam kategori ‘Makanan’ pula, pelanggan boleh mendapatkan produk seperti makanan kering, kekacang, biskut, mi, herba dan juga rempah-ratus.

Kredit: NUDE The Zero Waste Store

Bukan itu sahaja, NUDE turut membekalkan stok makanan haiwan bagi pelanggan yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah! Bagi makanan anjing, terdapat dua jenis perisa iaitu perisa ayam yang berharga RM0.60 bagi setiap 100 gram dan juga perisa daging kambing yang berharga RM0.65 untuk 100 gram. Makanan kucing pula ditetapkan pada harga RM0.75 bagi 100 gram…

Kredit: NUDE The Zero Waste Store

“Tiada bahan pengawet dan juga garam! Makanan ini sangat bagus dan berkhasiat sehinggakan ada pelanggan yang membeli untuk diri sendiri sebagai snek! Kamu juga telah mencubanya dan ianya sangat sedap,” jelas Low mengenai makanan yang diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi dengan gred manusia itu.

Kredit: NUDE The Zero Waste Store

Jika anda berminat untuk mencuba pengalaman berada di premis NUDE The Zero Waste Store ini, anda boleh melihat butirannya seperti di bawah:

Alamat : 3G, Jalan 19/29, Seksyen 19, Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi : Selasa hingga Ahad (11 pagi – 7 malam), Isnin (tutup)

Sumber: SAYSNUDE The Zero Waste Store/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds