Kisah kucing berusia satu tahun bernama Baloo menjadi tular dan menjadi tajuk-tajuk utama di seluruh dunia dan laman internet selepas melakukan pengembaraan yang tidak diingini dalam hidupnya.

Menurut CTV News, Baloo secara tidak sengaja menyelinap masuk ke dalam bungkusan rim tayar pemiliknya pada 6 Disember yang lalu. Tanpa sedar, pemiliknya kemudian menghantar bungkusan tersebut ke Montreal, Kanada yang mengambil masa 17 jam dari rumahnya.

Kredit: CTV News

Semasa perjalanan, salah seorang kakitangan syarikat penghantaran menyedari sesuatu apabila dia mendapati terdapat air kencing bocor keluar daripada kotak bungkusan tersebut. Pada masa itu, Baloo sudah 1,100 km dari rumah.

“Baloo berada di bawah, tidak berada di bahagian atas. Baloo masuk melalui lubang kecil rim untuk pergi ke bawah kotak,” kata pemilik Baloo, Jacqueline Lake, yang sedang mencari kucingnya.

“Baloo tidak membuat sebarang bunyi,” kata Lake dalam satu temu bual, dilaporkan oleh Global News.

Kakitangan syarikat penghantaran tersebut segera menghubungi SPCA, yang berhubung dengan Lake untuk memberitahunya bahawa kucingnya yang hilang sudah ditemui.

Kredit: Global News

Syukur, Baloo ditemui dalam keadaan yang sihat walaupun berada dalam kotak bungkusan tersebut yang dibawa sejauh 1,100 km.

Sumber: CTV News , Says

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds