Sebenarnya kini amat mudah bagi Parti Komunis China merisik segala maklumat dan data tentang diri anda, nombor orang hubungan dan segala aktiviti yang anda lakukan. Jika anda rasa untuk mengenyah pasang beberapa aplikasi yang kontroversi untuk menyelesaikan masalah telefon pintar, sila fikirkan kembali.

Menurut laporan The Economist pada tahun 2015, lebih 70 peratus telefon pintar dunia dihasilkan di China.

Telefon pintar paling memberi ancaman kepada kebocoran maklumat dan data peribadi ialah yang dihasilkan oleh syarikat ZTE dan Huawei. Demikian menurut amaran yang dikeluarkan oleh agensi perisikan FBI, CIA dan NSA kepada pengguna telefon syarikat itu di Amerika Syarikat sejak bulan Februari.

Kredit : Wikimedia / Magunamu

Semua peranti ini dihasilkan dengan program antivirus ‘spyware’ sudah terbina, yang tidak boleh dialih atau dibuang.

Pengarah FBI, Chris Wray berkata kepada CNBC, “Pihak kami berasa amat bimbang akan risiko untuk membenarkan mana-mana syarikat atau entiti yang telah terhutang budi dengan kerajaan asing yang tidak berkongsi nilai dan pandangan yang sama untuk memegang dan mengekalkan kuasa di dalam rangkaian telekomunikasi negara kami.”

Warga Amerika Syarikat dengan pendapatan sederhana cenderung menggunakan telefon pintar buatan China yang disyaki mudah menjadi bahan intipan Parti Komunis China, yang mana secara sembunyi telah menyediakan ‘keupayaan untuk mengubah suai dengan niat jahat atau mencuri maklumat. Dan ia juga berkeupayaan untuk mengendalikan perisikan tanpa dikesan.’

Secara tidak langsung, warga Amerika Syarikat mungkin telah terdedah atau menjadi sebahagian daripada simpanan pangkalan data di China, dengan penggunaan telefon pintar buatan negara itu. Begitu juga kemungkinan bagi pengguna telefon pintar buatan China di seluruh dunia.

Kredit : Getty Images / STR

Dan ada sebahagian maklumat itu menjadi perkara hidup dan mati di China.

Walaupun tidak menggunakan telefon pintar, asalkan anda berada di China, komunikasi anda dengan orang lain sebenarnya sentiasa menjadi intipan, pantauan dan berada dalam kawalan. Apa yang anda katakan, muat naik, atau menyiar serta menyebarkan apa-apa informasi yang sensitif serta berunsur politik kepada rejim komunis China, anda sebenarnya mengundang masalah segera.

Sekiranya anda menghantar mesej “Sejati-Baik-Sabar” kepada orang lain, anda mungkin akan ‘hilang’ tidak lama selepas itu, dan mungkin tidak akan dapat ditemui lagi.

Perkataan “Sejati-Baik-Sabar” adalah tiga prinsip yang diamalkan oleh pengamal Falun Gong, satu latihan meditasi yang telah diharamkan di China dan para pengamalnya telah dianiayai sejak pemerintahan Jiang Zemin, bekas Ketua Parti Komunis China pada era 90-an, kerana berasa kuasanya telah tergugat akan populariti Falun Gong.

Kredit : The Epoch Times

Sehingga kini ramai pengamal Falun Gong yang masih berada di China telah ditahan, dianiayai, diseksa dan dibunuh untuk tujuan penuaian organ mereka, bagi memenuhi industri pemindahan organ di China.

Ancaman dan bahaya yang sama akan terpakai kepada semua jika anda ada menyebut, Falun Gong, Falun Dafa, Pembunuhan Beramai-ramai Dataran Tiananmen, Kemerdekaan Taiwan, penuaian organ secara paksa, Bebaskan Tibet, Uyghur dan sebagainya.

Kini, Parti Komunis China menggunakan teknologi terkini untuk menjejak para penentang ideologinya. Ini merupakan salah satu sebab mengapa Google menyatakan kesanggupan untuk bekerjasama dengan kembali ke China dalam satu projek kontroversi bernama ‘Dragonfly’, satu versi Google yang ditapis khusus direka untuk kemudahan Parti Komunis China. Projek ‘Dragonfly’ kini mendapat kritikan, kecaman dan tindak balas pelbagai pihak dari seluruh dunia.

Kebimbangan dunia ialah kemungkinan Google menjadi alat subahat akan penindasan, penganiayaan, kehilangan, penyeksaan dan pembunuhan ramai orang tidak bersalah yang tidak mahu bersekongkol dan bersetuju dengan masa depan dan aspirasi rejim totalitarian China.

Kredit : Getty Images / LIU JIN

Amaran daripada pakar teknologi maklumat yang tidak mahu dikenali.

Seorang pengamal Falun Gong tidak dikenali yang bekerja dalam industri teknologi maklumat di China telah menghantar satu informasi pada bulan Julai, dengan memberi amaran kepada para pengamal Falun Gong tentang bagaimana telefon bimbit atau telefon pintar mereka memberi ancaman kepada nyawa mereka. Pakar teknologi maklumat ini enggan mendedahkan identitinya atas sebab keselamatan.

Bagi Parti Komunis China, kerja memantau dan mengawal rakyatnya kini menjadi lebih mudah dengan kemudahan dan penggunaan telefon pintar yang canggih.

Menurut pakar ini, “Sejak muat naik dan muat turun maklumat menjadi lebih mudah menerusi internet di dalam telefon pintar, dan ia senang menular, kandungan yang dipantau serta dikawal oleh Parti Komunis China juga menjadi mudah, dan keupayaan pemantauan mereka juga meningkat dengan mendadak dan cepat. “

Kredit : Wikipedia / Kelvinsong

Tulisnya, rejim Parti Komunis China mengumpul pelbagai maklumat melalui :

1. Lokasi dan data perjalanan pengguna telefon pintar.

2. Input informasi menerusi aplikasi, panggilan telefon dan mesej. Semua perbualan dan latar belakang daripada suara akan diterjemah ke dalam bentuk teks.

3. Gambar yang diambil melalui telefon, dengan kesemua orang yang terdapat di dalam gambar mampu dikenal pasti menerusi perisian pengecaman wajah. Parti Komunis China boleh menggodam kamera di telefon pintar dan mengambil segala gambar dan video.

4. Data cap jari dari fungsi telefon bimbit dengan kekunci sentuhan cap jari.

5. Nada dan paten suara, kerana semua orang memiliki frekuensi bunyi suara secara biologi yang berbeza , sama seperti cap jari.

6. Informasi pembayaran, yang menunjukkan tabiat membeli-belah, pendapatan dan maklumat pekerjaan.

7. Informasi perbualan, yang mana boleh menyediakan gambaran tentang pemikiran seseorang itu dalam jangka masa beberapa waktu.

8. Aplikasi dan ‘browser’ telefon pintar. Perkara paling mudah untuk digodam dan mengumpul data.

9. Alamat IP, laman sesawang dan servis telekomunikasi apa yang anda gunakan.

10. Nombor dan maklumat orang hubungan dari buku alamat anda di dalam telefon pintar.

11. Maklumat kesihatan dan gaya hidup anda.

Bagi orang awam, mengetahui terdapat kerajaan yang mampu menjejaki segala informasi yang kita gunakan mungkin kedengaran seperti menggerunkan, tetapi bagi pengamal Falun Gong, etnik Uyghur, penganut Buddha Tibet, aktivis politik dan lain-lain golongan yang menberi ancaman kepada kerajaan China, informasi yang terdedah dan dibocorkan mungkin mampu memberi ancaman kepada nyawa mereka.

Menurut pakar ini lagi, “Tiada mana-mana rejim dalam sejarah yang berkeupayaan memantau pada skala besar, tetapi kini Parti Komunis China memilikinya.”

Telefon pintar anda masih menjadi alat mendengar, walaupun anda tidak menggunakannya.

Pakar teknologi maklumat ini memberi ilustrasi satu senario, walaupun seseorang itu tidak membuat panggilan, tetapi telefon pintar boleh menjejaki ‘petikan ayat’ dalam perbualan seseorang. Telefon tersebut boleh diaktifkan walaupun ia terletak di atas meja atau di dalam poket anda, dan fungsi pengecaman suara akan merekodkan atau menghantar segala maklumat perbualan anda kepada Parti Komunis China.

Menurutnya lagi, “Bermula dari situ, telefon pintar menjadi alat intipan dan pantauan jangka masa panjang, dengan menggunakan pelbagai kaedah pemantauan yang dapat difikirkan oleh mereka. Menerusi buku telefon, log perbualan, dan perisian ‘chatting’, Parti Komunis China mampu menjejak orang yang dikehendakinya seperti pengamal Falun Gong untuk dipantau.

Kredit : Wikipedia/ Mauizio Pesce

Katanya, “Telefon pintar terkini mempunyai fungsi kata kunci bangkit seperti ‘Hi Siri’ bagi telefon pintar Apple dan ‘Hi Google’ bagi semua peranti Android.”

Oleh itu, Parti Komunis China juga telah memastikan kesemua keluaran telefon pintar buatan negara China direka dengan pelbagai kata kunci bangkit dan perkataan tertentu.

Pakar ini mengesahkan dengan menulis, “Sesiapa yang membeli telefon pintar di China sebenarnya telah membeli peranti yang membolehkan Parti Komunis China mengintip dan merisik mereka. Telefon tersebut telah dilengkapi dengan perisian intipan yang telah dipasang di kilang-kilang seluruh China. Walaupun anda membaik pulih atau cuba membuang perisian tersebut, ia masih tidak dapat menyelesaikan masalah.”

Jadi, fikir-fikirkan dahulu sebelum membeli telefon pintar buatan China.

Sumber : NTD

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES GLOBAL Kebenaran

Video Popular

Ad will display in 09 seconds