Ketagihan digital seringkali membawa kepada beberapa akibat serius terutama pada kesihatan. Contohnya ialah sakit leher.

Akibat melihat telefon dalam keadaan menunduk terlalu lama, tengkuk dan leher akan mendapat tekanan yang kuat yang akhirnya mengakibatkan tegangan dan kesakitan.

Berikut adalah 7 kaedah berkesan untuk menghilangkan sakit leher.

1. Urutan bola tenis

Kredit: Euphoric health and fitness / facebook

Caranya ialah:

  • Ambil sebiji bola tenis dan mula mengurut pada bahagian belakang kepala dengan arah yang berbeza.
  • Jika anda merasakan tegangan di sesuatu kawasan, tekan bola tenis pada tempat tersebut selama 20-30 saat, kemudian lepaskan dan sambung mengurut.

Kesan: Sebiji bola tenis boleh menghilangkan tegangan pada tengkuk anda.

2.  Menunduk

Kredit: bhealthy.fr / instagram

Caranya ialah:

  • Meniarap di atas lantai. Pastikan dagu menghala ke bawah dan letakkan tangan di sisi anda.
  • Bengkoknya lutut anda supaya tumit anda sampai ke punggung.
  • Tarik buku lali anda dengan menggunakan kedua-dua belah tangan anda.
  • Tarik nafas dan angkat kaki anda ke arah atas dan paha anda menjauhi lantai. Dalam masa yang sama, tarik badan dan kepala anda dari lantai.
  • Kekalkan posisi tersebut dalam masa 10 saat.
  • Rendahkan badan anda dengan perlahan sambil menghembus nafas.

Kesan: Menunduk akan membantu memperbaiki keadaan bahu dan memperkuatkan otot belakang badan anda juga.

3. Gaya unta (Camel Pose)

Kredit: liana_vonorta / instagram

Caranya ialah:

  • Berlutut di atas lantai dan pastikan jarak antara lutut kanan dan kiri bersamaan dengan lebar pinggul.
  • Letakkan tangan anda di belakang tulang pelvis anda dan telapak tangan anda di bahagian atas punggung anda.
  • Perlahan tarik punggung anda ke arah hadapan, manakala bahagian belakang badan anda ke arah belakang.
  • Tarik kaki anda dengan menggunakan kedua-dua belah tangan anda. Jika tidak boleh, letakkan tangan anda di tumit anda.
  • Rendahkan kepala anda ke bahagian belakang dan tahan dalam posisi tersebut selama 30-60 saat, kemudian kembali semula ke posisi utama.

Kesan: Aktiviti ini dapat membantu melegakan kekejangan otot leher anda dan meningkatkan pergerakan di kawasan ini.

4. Gaya ular tedung (Cobra pose)

Kredit: kelmscottphysio / instagram

Caranya ialah:

  • Meniarap di atas lantai, tarik kaki anda ke arah belakang dan letakkan bahagian atas kaki anda di atas lantai.
  • Letakkan tangan anda di atas lantai di bawah bahu anda.
  • Tarik nafas dan angkat dada anda daripada lantai dengan meluruskan tangan anda. Dalam masa yang sama, tekan punggung anda ke arah lantai dan dengan perlahan tarik kepala anda ke arah belakang sehingga anda merasakan regangan.
  • Tahan di posisi tersebut selama 15-30 saat kemudian kembali ke posisi asal untuk menghembus nafas.

Kesan: Aktiviti ini akan membantu memanjangkan otot depan leher anda dan menyusun semula bahu untuk memulihkan semula kedudukan tulang belakang anda.

5. Latihan tolakan dagu

Kredit: mehrgostarclinic / instagram

Caranya ialah:

  • Duduk secara menegak dan letakkan jari di dagu anda.
  • Pandang ke arah hadapan dan tolakkan dagu anda ke arah belakang dengan perlahan sehingga anda merasakan regangan di pangkal kepala anda.
  • Tahan di posisi ini selama 5 saat, kemudian lepaskan dagu anda semula.
  • Ulang langkah ini sebanyak 10 kali.

Kesan: Senaman dagu akan membantu anda menyelaraskan kepala anda secara langsung ke atas tubuh badan, melegakan mampatan pada tulang belakang anda dan mengurangkan ketegangan pada otot leher anda.

6. Regangan sudut

Kredit: Chad Aaron Ward‎ / facebook

Caranya ialah:

  • Berdiri dalam keadaan anda menghadap sudut rumah anda dan kaki anda berada 2 kaki jauh dari dinding.
  • Letakkan lengan anda di dinding sementara siku anda pula di bawah paras bahu anda.
  • Sandarkan badan anda pada sudut tersebut sehingga anda merasakan peregangan di dada dan bahu anda.
  • Tahan di posisi tersebut selama 30-60 saat, kemudian kembali ke posisi utama.

Kesan: Regangan sudut akan membantu anda meluruskan otot tengkuk anda dan melegakan kesakitan serta ketidakselesaan di kawasan ini.

7. Regangan leher

Kredit: ayaconforto / instagram

Caranya ialah:

  • Untuk melakukan regangan leher hadapan, bengkokkan dagu anda ke arah dada dan tahan di posisi tersebut selama 15 saat. Kemudian angkat semula kepala anda ke posisi permulaan. Selepas itu, bengkokkan kepala anda ke arah belakang dan tahan selama 15 saat juga. Ulang senaman ini selama 10 kali pada dua-dua posisi.
  • Untuk melakukan regangan leher sisi, miringkan kepala anda ke kiri sementara telinga anda ke arah  bahu. Tahan selama 30 saat dan kemudian kembali ke posisi permulaan. Ulang langkah yang sama di bahagian sisi kanan pula. Lakukan senaman ini selama 10 kali di dua-dua bahagian sisi.

Bonus: Bagaimana melihat telefon anda dengan betul.

  • Pastikan peranti anda sentiasa berada di paras mata anda. Apabila menggunakan telefon, cuba biarkan tulang belakang anda berada di posisi biasa dan bukannya dengan cara menunduk.
  • Berehat selama 20-30 minit. Jika anda memang bercadang untuk menghabiskan banyak masa dengan peranti anda, berehatlah dengan lebih kerap. Lakukan beberapa regangan dari masa ke masa.
  • Pastikan anda sentiasa memberi perhatian pada postur badan anda. Ingatkan diri sendiri untuk memeriksa kedudukan kepala anda dan betulkan posisi kepala sekerap yang mungkin.
  • Jika boleh, gunakan telefon anda secara bebas tangan. Contohnya, menghantar pesanan suara lebih baik daripada menaip atau gunakan fon telinga ketika bercakap di telefon terutama dalam masa yang panjang.
  • Gunakan aplikasi Text Neck. Aplikasi intuitif ini akan membantu anda mengesan postur buruk yang menyebabkan sakit leher dan memperbaikinya dengan serta-merta.

Kesimpulannya, gunakan telefon atau peranti anda dengan cara yang berhemah. Jika anda terpaksa menggunakannya untuk jangka masa yang panjang, luangkan sedikit masa untuk berehat dan melakukan beberapa regangan dan senaman.

Sumber: BRIGHT SIDE

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds