Selepas 32 tahun berkhidmat, akhirnya seorang pekerja McDonald’s yang mengidap penyakit Sindrom Down akan memulangkan semula apronnya.

Russell O’Grady pertama kali menyarungkan pakaian seragam restoran makanan segera itu pada tahun 1986 ketika dia berusia 18 tahun. Ternyata, dengan kehadirannya di restoran itu segera menjadi bualan ramai di restoran McDonald’s di Northmead, Barat Sydney.

Kredit: Daily Mail

O’Grady sering menyambut kedatangan pelanggan yang datang dan dia juga sering ditugaskan untuk membersihkan meja pelanggan. Dengan kecekapannya, dia dengan cepat menjadi orang yang paling terkenal di Northmead semenjak dia berkerja di situ.

Kredit: Daily Mail

Kini setelah O’Grady berusia 50 tahun, dia akan meninggalkan para pelanggannya yang dikasihi, dan kebanyakan daripada mereka telah datang ke restoran itu untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya, lapor The Daily Telegraph.

Penyelia McDonald’s, Courtney Purcell berkata O’Grady telah menjadi ikon di Northmead.

‘Kami mempunyai pelanggan tetap yang datang untuk berjumpa dengan Russell pada hari Khamis dan Jumaat, dan kakitangan yang lain menjaganya, jadi kami akan merindukannya,’ katanya.

Kredit: Daily Mail

Abang kepada O’Grady, Lindsey memberitahu akhbar bahawa dedikasinya untuk bekerja telah membuatkan keluarganya sangat berbangga dengan kemampuannya.

“Dia agak bosan tentangnya tetapi dia sangat menyukai pekerjaannya. Kadang-kala dia agak nakal. Dia adalah abang saya dan dia menjaga saya,” katanya.

Bapa pekerja yang dikasihi ramai itu, Geoff O’Grady, sebelum ini memberitahu Daily Mail Australia bahawa kebiasaannya orang akan menghentikan anaknya di luar untuk bersalam dengannya.

“Dia sangat penyayang, sangat disayangi dan dihargai, sehingga kami berasa tidak percaya.”

Kredit: Banksia Gardens Community Centre/Vimeo

Geoff berkata kerjaya anaknya memberi pandangan yang berbeza terhadap kehidupannya.

“Seseorang pernah berkata kepadanya ‘adakah kamu kurang upaya?’ dan jawapannya adalah ‘saya begitu ketika saya pergi ke sekolah, tetapi sekarang saya sudah bekerja di McDonald’s,” katanya.

Kredit: Daily Mail

O’Grady mula bekerja di restoran tempatan ketika golongan orang kelainan upaya masih jarang ditemui dalam sektor pekerjaan. Kerjayanya bermula dengan pengalaman bekerja, tetapi apabila dia menunjukkan semangatnya untuk berkhidmat, dia akhirnya dipindahkan ke jawatan yang lebih selamat. Dia juga cuba mengendalikan tugas-tugas lain di restoran, meskipun melibatkan tugas di dapur.

Walaupun dengan kekurangan yang dimiliki, semangat dan usaha O’Grady tidak pernah luntur. Kini, setelah sekian lama, O’Grady memutuskan bahawa dia perlu berehat dan memberi tumpuan kepada kesihatannya.

Sumber: Daily Mail

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds