Meskipun wanita ini perlu berjalan dengan menggunakan bantuan tongkat, ia langsung tidak menghalangnya untuk memberikan makanan kepada kucing dan anjing jalanan setiap hari.

Dalam satu temu bual bersama Sinchew, pemilik kedai salun rambut yang mesra dengan panggilan Kakak Kim ini mula memberikan makanan kepada haiwan-haiwan terbiar selepas dia bersara daripada dunia perniagaan.

Kredit: Sinchew

Setiap hari, Kakak Kim akan memandu kenderaan Proton Saganya yang berwarna merah di sekitar Seremban dan akan membuat sekurang-kurangnya 10 hentian untuk memberikan makanan.

“Saya sayangkan haiwan. Ketika suami masih hidup, kami membeli lebih daripada 10 ekor anjing bersama-sama. Kami tidak boleh memelihara semua haiwan terbiar ini kerana ruang yang sempit. Jadi, kami beri mereka makan di tepi jalan bagi mengelakkan mereka daripada kelaparan.”

Menurut Kakak Kim lagi, dia akan menghabiskan wang sebanyak RM800 sebulan untuk membeli keperluan makanan buat haiwan-haiwan ini. Malah, dia juga tidak pernah meminta sumbangan derma daripada orang lain meskipun pernah diberikan sejumlah wang sebanyak RM200 apabila individu berkenaan melihat Kakak Kim sedang memberikan makanan kepada haiwan terbiar.

Kini, anak lelakinya pula yang membantu sedikit-sebanyak dalam membiayai segala kos dalam menjaga kebajikan haiwan yang kurang bernasib baik ini.

Akan tetapi, walaupun perbuatan memberi haiwan terbiar makan adalah satu tindakan yang murni, Kakak Kim juga sangat menjaga kebersihan persekitaran. Justeru, dia akan menggaulkan nasi bersama ikan sardin dan menghidangkannya di atas helaian kertas surat khabar.

Kredit: Sinchew

“Ada segelintir individu akan terus pergi selepas meletakkan makanan di atas jalan. Mereka tidak akan menunggu haiwan itu menghabiskan makanan dan membersihkan tempat tersebut. Ini adalah salah. Mereka seharusnya memberikan haiwan makan di lorong belakang dan bukannya di hadapan rumah atau kedai orang.”

Apa yang lebih mengagumkan mengenai semangat kecintaan Kakak Kim terhadap haiwan adalah, dia akan membawa pulang haiwan yang sakit bagi merawatnya.

Kredit: Sinchew

Kebiasaannya, Kakak Kim akan melakukan rutin ini sehingga ke larut malam bagi mengelakkan dirinya diperlekehkan oleh orang ramai yang melihatnya. Bagaimanapun, tindakan ini turut menjadikan Kakak Kim sebagai sasaran penjenayah dan hal ini sangat tidak disenangi oleh anaknya.

Hal ini demikian kerana sudah beberapa kali Kakak Kim terlibat dalam insiden seperti ini dan pernah mengalami kecederaan ringan.

“Sekarang, saya hanya akan memberi haiwan terbiar makan sehingga jam 8 malam sahaja. Sekarang, semakin ramai sukarelawan mula memberikan haiwan terbiar makan dan saya tidak lagi perlu pergi ke banyak tempat.”

Kredit: Sinchew

“Bukan semua orang akan suka melihat apa yang kita lakukan, jadi saya akan terus lakukan apa yang saya rasa benar,” ujar Kakak Kim yang akan meneruskan usaha ini kerana mendapat sokongan daripada mendiang suami dan anak lelakinya.

Sumber: World of Buzz, Sinchew

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds