Terdapat perubahan yang bakal berlaku terhadap sistem pendidikan di Malaysia apabila pihak Kementerian mengumumkan bahawa peperiksaan pertengahan dan akhir tahun yang selama ini dipraktikkan khusus pada murid darjah 1, 2 dan 3 akan dihapuskan.

Menurut NST, penghapusan peperiksaan berkenaan bertujuan agar aspek pengajaran dan bantuan mengajar diberikan tumpuan dan fokus supaya proses pembelajaran akan lebih menarik dan menggembirakan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata bagi menggantikan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, penilaian berterusan akan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran menerusi Penilaian Berasaskan Darjah (PBD), sama seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Menerusi akaun Twitternya, beliau berkata peperiksaan untuk pelajar sekolah rendah seperti yang dinyatakan di atas akan dibasmi dan digantikan dengan penilaian objektif pada tahun 2019.

Kredit: Dr. Maszlee Malik | Twitter

Dr. Amin juga menjelaskan perbezaan dan persaingan antara sekolah-sekolah bagi mendapatkan keputusan yang baik menggunakan sistem peperiksaan yang diselaraskan. Justeru, beliau berkata penekanan harus diberikan kepada pembangunan karakter pelajar berbanding dengan “pembelajaran berorientasikan peperiksaan” bagi  memastikan pembangunan karakter pelajar.

Kredit: Sinar Harian

Atas usaha itu, sekolah akan diberi autonomi profesional untuk mengamalkan PBD dengan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah sebagai panduan. Oleh itu, PBD akan memberikan perhatian yang lebih kepada pembelajaran yang menyeronokkan dan pendekatan berpusat pada murid. Pendekatan ini diharapkan dapat membina dan mengukuhkan empat kemahiran asas pelajar (membaca, menulis, mengira dan membuat alasan).

Tambahnya, “Murid akan dinilai secara berterusan dengan pelbagai jenis penilaian yang terdiri daripada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang membantu ibu bapa mengenali dan tahu akan perkembangan anak-anak mereka selain mengenal pasti kelebihan dan kelemahan mereka.

Penilaian juga harus dibuat melalui pelbagai cara termasuklah pemerhatian, ujian, kuiz, latihan dan lukisan. Ibu bapa pula akan menerima laporan sekurang-kurangnya 2 kali setahun sepanjang pelaksanaan penilaian berkenaan. Maka dengan itu, ibu bapa dapatlah mengetahui masalah anak mereka dalam pembelajaran seterusnya ‘membaikinya’.

Kredit: Study Best

Untuk pengetahuan anda, PBD diperkenalkan pada tahun 2011 untuk murid sekolah rendah. Dr. Amin juga meyakinkan bahawa PBD bakal mengurangkan jurang perbezaan antara murid di bandar dan luar bandar di Malaysia. Ia juga akan turut meningkatkan standard pendidikan negara. “Para guru juga harus memastikan bahawa standard minumum untuk setiap pelajar dapat dicapai.

Dengan penghapusan peperiksaan, kami akan memastikan murid memahami kemahiran berfikir yang lebih tinggi”, jelasnya. Kelihatan seperti Kementerian Pendidikan telah mendapat panduan daripada sistem pendidikan Finland, yang tidak memberi tumpuan kepada peperiksaan dan kerja rumah, sebaliknya memberi perhatian kepada perkembangan intelektual dan peribadi pelajar mereka.

Sumber: World of Buzz , Dr. Maszlee Malik | Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular

Ad will display in 09 seconds