Sebulan selepas insiden kebakaran besar-besaran Camp Fire yang berlaku di Utara California yang kemudiannya menyebabkan kemusnahan rumah Courtney Werblow di Paradise, dia akhirnya menemui sebuah harapan yang bersinar!

Tanpa disangka-sangka, mereka berjaya dipertemukan semula dengan kucing kesayangan mereka yang dinamakan Timber. Timber dilaporkan menghilangkan diri apabila api menjadi semakin marak sekali gus memaksa Courtney untuk berpindah keluar dari kawasan berkenaan.

Kredit: GoFundMe

Kehilangan Timber membuatkan Courtney bersedih kerana dia dan keluarganya mungkin tidak akan menemui Timber lagi…

Beberapa minggu lalu, Courtney dan kedua ibu bapanya telah dibawa ke kawasan rumah mereka untuk melihat saki-baki yang tinggal selepas kebakaran dahsyat itu berlaku. Pada ketika itulah, mereka melihat satu makhluk yang amat mereka cintai tiba-tiba memunculkan dirinya dan makhluk itu adalah Timber!

 

Pada awalnya, kucing ini kelihatan seperti tidak menyangka bahawa dirinya telah ditemui namun setelah beberapa detik, Timber kemudian berlari mendekati keluarganya yang telah lama terpisah itu.

Mengejutkan, Timber berada dalam keadaan yang baik dan sihat. Kini, Timber boleh menghabiskan masa bersama keluarganya semula…

 

“Selepas semua kehilangan yang berlaku, ini adalah testimoni tentang ketahanan, kekuatan dan cinta. Timber adalah kucing yang hebat dan kami sangat gembira kerana berjaya mendapatkannya kembali,” ujar Courtney.

 

Keluarga Courtney Werblows adalah salah satu daripada ratusan ribu keluarga yang terkesan daripada bencana kebakaran ini. Meskipun diduga dengan malapetaka yang memilukan, tiada apa yang lebih penting berbanding kasih sayang sebuah keluarga.

“Jangan pernah putus harapan!”

Kredit: Courtney Werblow/Facebook

Sumber: The DodoCourtney Werblow/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds