Bagi seorang pesara ini, Krismas bukan sekadar bermakna disambut bersama ahli keluarga sahaja, malah ia lebih bermakna disambut bersama jiran tetangga. Dan hadiah Krismasnya tidak berakhir apabila beliau sudah meninggal dunia, Ken Watson yang berusia 87 tahun telah merancang untuk selama 14 tahun!

Ken Watson yang berusia 87 tahun telah merancang hadiah Krismas untuk anak jirannya selama 14 tahun selepas beliau meninggal dunia. Owen dan Caroline Williams sangat tersentuh ketika mereka menerima sebuah karung besar penuh dengan hadiah yang dibungkus untuk anak perempuan mereka, Cadi, yang berusia dua tahun.

Ken, yang selalu mendakwa bahawa beliau akan hidup sehingga 100 tahun, sedihnya meninggal dunia pada bulan Oktober lalu. Ketika anak perempuannya mengosongkan rumahnya di Barry, Vale of Glamorgan, Wales, dia menemui satu karung penuh dengan hadiah Krismas. Anak perempuan Ken membawa hadiah tersebut ke rumah Owen.

“Dia menelefon saya dan dia berada di hadapan pintu rumah sambil memegang sesuatu yang kelihatan seperti beg sampah. Saya menyangka dia mahu saya menolongnya membuang sampah untuknya. Selepas saya berkata ‘yep, tidak ada masalah’. Kemudian dia berkata ‘ini adalah hadiah yang telah ditinggalkan oleh ayah kepada Cadi untuk Krismas’ dan ia membuatkan saya kaku,” kata Owen.

Owen tidak percaya bahawa Ken Watson, jiran tercinta mereka, telah merancang hadiah untuk anak perempuan mereka berusia 2 tahun sehingga dia 16 tahun.

Perkongsian Owen mengenai hadiah Krismas Ken Watson di Twitter telah menjadi tular. Dia membuat undian di Twitter untuk bertanya kepada orang apa yang harus dilakukan dengan hadiah tersebut. Adakah dia perlu membuka hadiah tersebut untuk melihat apa yang ada di dalamnya dan membalutkannya kembali? Atau membukanya secara rawak satu persatu sehingga tahun 2032?

“Jiran warga emas kami telah meninggal dunia baru-baru ini. Anak perempuannya muncul beberapa saat lalu memegang karung plastik besar. Di dalam beg itu semua hadiah Krismas yang dia beli untuk *anak kami* bagi tiga belas tahun berikutnya.”

Kredit: Owen Williams | Twitter

Undian tersebut menerima lebih 42,000 undi dengan 69% mempercayai dia harus membuka hadiah tersebut secara rawak satu persatu sehingga tahun 2032. Jadi itulah yang mereka akan lakukan. Owen menjelaskan bahawa jirannya adalah ‘jiran yang benar-benar baik hati dan seorang lelaki yang penyayang.’

Owen dan Caroline Williams berpindah ke situ dan menjadi jiran kepada Ken pada September 2015. Pada pertama kali mereka bertemu Owen memberikan sebotol wain kepada Ken. Pada ketika itu Owen dan Caroline Williams hanya mempunyai seekor anjing dan Ken memberi biskut coklat kepada anjing mereka walaupun Owen berkata anjing tidak makan coklat.

“Anjing kami sangat rapat dan sayangkannya. Maksud saya, kasih sayang yang sebenar. Ini disebabkan oleh biskut coklat yang diberikannya pada pertemuan pertama. Anjing kami akan menjerit apabila melihatnya. Menjerit teruja. Beliau akan memanggilnya ‘sayangku’,” kata Owen.

Kredit: Owen Williams | Twitter

Owen teringat hadiah pertama Cadi yang dibeli oleh Ken. Ia adalah anak patung singa yang sangat besar yang dikenali sebagai Elvis. Semasa Owen pergi ke sebuah kedai mainan yang terkenal di mana mainan Elvis dijual, dia mendapat tahu daripada juruwang bahawa Ken membeli mainan tersebut untuk kesemua anak jirannya.

Ken adalah seorang lelaki yang berdedikasi. Pada usia 85 tahun, beliau melakukan perkara yang luar biasa dengan berdiri di atas sayap kapal terbang dan merancang untuk melakukannya lagi sebelum meninggal dunia.

Disebabkan oleh kisah ini, Owen menasihatkan dan meminta semua orang mengambil tahu jiran-jiran mereka selama tempoh perayaan ini. Owen juga menekankan tentang kebaikan hidup berjiran kerana jika apa-apa kejadian kecemasan berlaku jiran adalah orang yang paling dekat dapat membantu. Kebanyakan generasi kini tidak bersosial dengan jiran, hanya melakukan hal sendiri.

Sumber: happiestOwen Williams | Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds