Kini, anda boleh lakukan apa sahaja yang anda fikirkan unik untuk dipersembahkan kepada orang awam. Hal ini kerana, walaupun dalam zaman serba moden, masih lagi ada insan-insan yang sangat menghargai seni, tidak kiralah seni muzik, seni lukisan, seni arca, mahupun seni tarian.

Kredit: Got To Dance Sky1/YouTube

Misalnya, dengan idea untuk menggabungkan suatu perkara atau idea yang sudah lama, yang hampir dilupakan pada masa ini dengan suatu idea yang segar dan terkini, hasilnya pasti akan membuatkan ramai orang terlopong melihatnya. Idea seperti ini seolah-olah telah menerima ‘nyawa’ yang baharu untuk hidup!

Kredit: Got To Dance Sky1/YouTube

Idea sebegini telah digunakan oleh sekumpulan penari yang menamakan kumpulan mereka sebagai Prodijig. Kumpulan tarian ini berasal dari Ireland, dan seperti nama yang mewakili mereka, kumpulan ini telah berusaha untuk menggabungkan tarian tradisional Ireland dengan tarian yang sangat moden dan aliran kontemporari.

Langkah berani yang telah dilakukan oleh kumpulan ini telah berjaya menempatkan mereka sebagai pemenang dalam pertandingan “Got To Dance” di UK bagi musim yang ketiga. Kumpulan ini terdiri daripada tujuh orang penari, yang diketuai oleh penari yang memegang gelaran Juara Dunia Ireland yang berasal dari Cork, Ireland, Alan Kenefick.

Kredit: Got To Dance Sky1/YouTube

Dengan bimbingan idea dan pengalaman yang dimiliki oleh Alan, kumpulan Prodijig telah membuatkan semua orang yang menyaksikan persembahan mereka menjadi teruja, kagum dan terpesona. Mereka membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil untuk dilakukan, walaupun hal itu menyentuh idea-idea tradisional. Segalanya boleh dilakukan dengan kreatif, walaupun setelah digabungkan dengan idea moden dan terkini, namun ‘isi’ utamanya masih jelas kelihatan!

Kredit: Got To Dance Sky1/YouTube

Dalam video ini, kumpulan Prodijig dengan ajaibnya mengubah pentas menjadi sebuah persembahan yang menakjubkan. Kesemua tujuh penari berbaris dengan kemas, dan sebaik sahaja bunyi gendang berkumandang, mereka mula membuka langkah tarian. Gerak kaki mereka semuanya sejajar dengan muzik dan hal ini membuatkan kesemua 1.9 juta penonton yang melihatnya berasa teruja.

Kredit: Got To Dance Sky1/YouTube

Kami pasti persembahan ini telah dipersiapkan dengan begitu teliti dan mengambil masa yang lama. Mana tidaknya, lihat sahajalah hasilnya yang memukau ini! Bakat setiap seorang daripada penari bersinar kerana persembahan yang sangat hebat ini.

Saksikan sendiri video yang berikut untuk melihat bagaimana kumpulan Prodijig memukau semua penonton yang menyaksikan mereka:

Kredit: Got To Dance Sky1/YouTube

Sumber: Metaspoon

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds