PLUS mengumumkan pada 19 Disember, semua 97 lorong tambah nilai akan ditutup untuk musim perayaan. Penutupan akan berlaku dari 21 Disember hingga 2 Januari 2019 pada semua lebuh raya yang dikendalikan PLUS.

Dalam pengumuman itu, PLUS berkata, “Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan dan mengelakkan kesesakan lalu lintas berikutan barisan panjang di laluan tambah nilai di plaza tol.”

Kredit: New Straits Times

Orang ramai diminta untuk menambah nilai kad Touch ‘N Go masing-masing sebelum menuju perjalanan mereka. Anda boleh tambah nilai kad Touch ‘N Go anda di:

– Mesin ATM
– Kedai serbaneka 24-jam
– Stesen minyak
– 66 kios layan diri

“Selain itu, perkhidmatan tambah nilai juga boleh didapati di pusat perkhidmatan pelanggan PLUS di plaza tol terpilih,” kata PLUS.

Kredit: ComapreHero

Pusat-pusat ini dibuka dari jam 7 pagi hingga 10 malam setiap hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum.

Sumber: Says

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds