Pada 19 Disember lalu, seorang lelaki yang berasal dari Johor Bahru telah mengongsikan pengalaman hitamnya dimalukan di pusat pemeriksaan imigresen Singapura kerana satu tindakan yang tidak dijangka.

“Saya sedang dalam perjalanan untuk bekerja di Singapura dan terperangkap di dalam kesesakan trafik selama sejam,” kata lelaki dikenali sebagai Jaymes Ban ini.

Kredit: The Straits Times

Bagaimanapun, sewaktu dalam perjalanan, Jaymes mendakwa mengalami sakit perut dan perlu menggunakan tandas yang berdekatan.

Justeru, dia mengambil keputusan untuk berjalan ke pusat pemeriksaan imigresen Singapura bagi mencari tandas.

“Saya sakit perut, jadi saya tinggalkan kereta dan berjalan ke pusat pemeriksaan imigresen untuk menggunakan tandas.”

Namun malangnya, Jaymes telah terserempak dengan seorang pegawai imigresen Singapura yang kemudiannya mengarahkan Jaymes untuk segera mengikutnya.

“Dia enggan membawa saya ke tandas dan hanya beri tempoh selama lima minit untuk selesaikan apa yang patut.”

Selepas menggunakan tandas, Jaymes dibawa masuk ke pejabat imigresen dan diserahkan surat tuduhan yang mendakwa Jaymes melakukan kemasukan secara haram ke negara kecil itu. Jaymes kemudiannya diberitahu supaya kembali ke Malaysia sebelum masuk semula ke Singapura.

Kredit: Restroom Association Singapore

“Jika anda sakit perut, jangan pergi ke pusat pemeriksaan imigresen Singapura. Kembali ke pusat pemeriksaan Malaysia,” nasihat Jaymes kepada pengguna Facebook lain.

Tambahnya lagi, “Jangan biarkan pegawai Singapura memalukan anda dan menahan anda sebelum membenarkan anda pulang ke Malaysia.”

Perkongsian itu menerima sebanyak 282 perkongsian ketika artikel ini ditulis.

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds