Pada zaman teknologi moden kini, kanak-kanak sudah pasti akan terdedah kepada penggunaan gajet seperti telefon pintar, tablet dan lain-lain. Sangkaan ibu bapa bahawa penggunaan gajet akan merangsang pemikiran anak-anak sebenarnya tidak benar. Sebaliknya ia akan memberi kesan negatif kepada pemikiran, perkembangan emosi dan kemahiran bersosial kanak-kanak, kerana penggunaan gajet keterlaluan dan secara berterusan serta tidak dikawal akan menyebabkan kanak-kanak ini berada dalam dunia yang tersendiri dan bersikap antisosial.

Kredit :  Illuminasi

Tindakan ibu bapa yang menjauhkan anak-anak mereka daripada terdedah kepada penggunaan gajet merupakan satu langkah yang baik, seperti seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun ini yang dibesarkan dengan terdedah kepada pelbagai aktiviti lain yang menyeronokkan tanpa sebarang penggunaan gajet.

Kredit : @zhariframli / Twitter

Seorang netizen bernama @zhariframli telah berkongsi di halaman Twitter, apabila memuat naik gambar anak saudaranya yang suka melakukan aktiviti seperti kanak-kanak zaman dahulu, dan ia amat berbeza dengan aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak sebayanya.

Kredit : @zhariframli / Twitter

Kanak-kanak berusia 6 tahun bernama Mikail Harith dikatakan menolak untuk bermain telefon pintar, tablet dan lain-lain gajet terkini kerana lebih suka membantu ibunya memasak, menjaga adik dan melakukan urusan diri sendiri seperti menggosok baju tanpa bantuan ibu bapa.

Kredit : @zhariframli / Twitter

Kredit : @zhariframli / Twitter

Kredit : @zhariframli / Twitter

Disamping itu, Mikail gemar mengikuti aktiviti luar seperti  berkebun, berkhemah dan memancing.

Kredit : @zhariframli / Twitter

Kredit : @zhariframli / Twitter

Menurut @zhariframli, walaupun dibesarkan di Shah Alam, Mikail atau Along telah diajar oleh ibu bapanya sejak kecil untuk meneroka hidupnya sendiri. Dengan mengikuti bapanya, Mikail berasa seronok pergi berkhemah dan memancing. Ketika berada di kampung halaman di Kedah, kanak-kanak ini akan membantu datuknya menyiram pokok bunga dan bercucuk tanam.

Kredit : @zhariframli / Twitter

Kredit : @zhariframli / Twitter

Kredit : @zhariframli / Twitter

Kredit : @zhariframli / Twitter

Cara didikan ibu bapa Mikail Harith membesarkannya menarik perhatian ramai netizen lain yang rata-rata memuji dan mengagumi pendekatan tanpa gajet ini.

Kredit : @zhariframli / Twitter

Kredit : @zhariframli / Twitter

Sumber : @zhariframli/Twitter , SAYS

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds