Para peminat watak ilustrasi kucing gempal bernama Pusheen pasti teruja apabila mendapati bahawa kafe bertemakan Pusheen yang pertama di dunia bakal dibuka di negara jiran kita iaitu Singapura pada awal tahun hadapan!

Kredit: Business Insider

Dihasilkan oleh pasangan Amerika Syarikat iaitu Claire Belton dan Andrew Duff, karakter ilustrasi kucing yang comel ini turut akan menempatkan barangan istimewa lain seperti buku dan juga filem. Menurut laporan Business Insider, kafe Pusheen ini akan dibuka pada tanggal 6 Januari 2019 di Jalan Klapa cafe Kumoya.

Kredit: Business Insider

Selain daripada dekorasi kafe yang dipenuhi dengan tema Pusheen, anda juga akan menjangkakan segala menu yang dihidangkan di kafe ini akan kelihatan sama seperti Pusheen dengan rasa yang lazat dan enak.

Kredit: Business Insider

Kredit: Business Insider

Terdapat tiga menu utama yang kesemuanya memaparkan ciri kartun comel itu. Menu utama tersebut adalah aglio olio Pusheen, nasi arang Pusheen bersama ayam goreng dan burger udang dengan wajah Pusheen pada roti arang yang dihidangkan bersama.

Kredit: Business Insider

Kredit: Business Insider

Comel sangat sampai rasa sayang pula nak makan!

Kredit: Business Insider

Kredit: Business Insider

Kesemua hidangan kreatif ini telah dihasilkan oleh bintang Instagram yang juga artis makanan terkenal iaitu @littlemissbento.

Kredit: Business Insider

Selain daripada menu utama, kafe comel dan ceria ini turut menghidangkan beberapa pencuci mulut lazat yang wajib anda cuba seperti ‘Cat on a Cloud Floating Joy Parfait‘. Menu manis ini dihidangkan bersama aiskrim berperisa laici, biskut Pusheen serta macaron.

Kredit: Business Insider

Makanan di kafe Pusheen x Kumoya ini sudah tentu tidak akan lengkap tanpa set minuman yang pastinya bernilai untuk ditayangkan di Instagram anda! Salah satu hidangan minumannya menampilkan Pusheen sedang terapung di atas awan. Minuman ini sebenarnya merupakan air soda berperisa pic bersama jeli laici dan dihiaskan dengan gula-gula kapas.

Kredit: Business Insider

Bagaimanapun, kafe tersebut dijangka hanya akan dibuka sehingga bulan Mac sahaja memandangkan ianya adalah kafe pop-up yang bersifat sementara.

Kredit: Daniel Food Diary 

Bagi anda yang tidak sabar dan bercadang untuk ke Singapura pada tahun hadapan, jangan lupa untuk dapatkan barangan-barangan Pusheen yang turut dijual di kafe berkenaan.

Kredit: Business Insider

Berikut merupakan lokasi kafe yang comel ini:

Alamat : Kumoya @ 8 Jalan Klapa, Singapura 199320

Waktu operasi : Selasa-Khamis & Ahad (12 tengahari – 9.30 malam), Jumaat & Sabtu (12 tengahari hingga 10 malam), Isnin (tutup)

Stesen berdekatan : MRT Lavender

Sumber: World of BuzzDaniel Food Diary

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds