KUALA LUMPUR – Pihak syarikat Honda Malaysia di cawangan Sri Utama Auto Sdn Bhd telah bertindak memecat seorang kakitangan pusat jualan kenderaannya atas tindakan meninggalkan komen tidak sensitif di atas kematian Muhammad Adib baru-baru ini.

Pemecatan yang berkuat kuasa serta-merta itu telah disahkan menerusi kenyataan media yang ditandatangani oleh pengarah Sri Utama Auto Sdn Bhd, Wong Chee Keong.

 

Kredit: Astro AWANI

Terdahulu, perkhidmatan pekerja wanita yang dikenali sebagai Caryn Yean itu hanya digantung buat sementara waktu bagi membolehkan pihak pengurusan syarikat melakukan siasatan secara lebih mendalam.

“Kami ingin memberi makluman bahawa selepas siasatan dalaman dijalankan dan pekerja itu didapati melanggar dasar syarikat dengan salah lakunya, khidmat pekerja itu dengan Sri Utama Auto Sdn Bhd sudah ditamatkan serta-merta.”

Pada masa yang sama, Chee Keong turut mengusulkan permohonan maaf bagi pihak syarikatnya terhadap kesan komen yang dimuat naik oleh pekerjanya itu.

Kredit: Astro AWANI

“Kami akan memberi perhatian lebih dalam melatih dan mendidik pekerja kami dengan nilai moral dan sikap hormat kepada semua pihak pada setiap masa.”

Pada tanggal 18 Disember yang lalu, Caryn Yean dipercayai telah mempersendakan isu kematian Muhammad Adib dengan melibatkan isu kepercayaan agama sebagai punca kematian anggota bomba itu.

Adib, 24 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terbabit dalam insiden serangan dan rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November 2018. Beliau yang berada dalam keadaan koma kemudiannya dilaporkan mula stabil sebelum tahap kesihatan beliau kembali merudum dan menjadi kritikal.

Sumber: Astro AWANI

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds