Benarlah kata orang, “cinta itu buta.” Perumpamaan ini sememangnya sangat bertepatan dengan kisah romantis pasangan berlainan bangsa yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang lelaki berumur 26 tahun yang berasal dari Magelang, Indonesia telah berkahwin dengan seorang gadis berusia 21 tahun yang berasal dari Manchester, England.

Kredit: Polly Alexandria Robinson/Instagram

Lelaki yang dikenali sebagai Karna Radheya dalam laman Instagramnya telah mengikat janji untuk sehidup semati dengan gadis pilihan hatinya yang bernama Polly Alexandria Robinson, lapor Okezone. Mereka dipercayai telah bercinta dan memutuskan untuk berkahwin dalam upacara perkahwinan mengikut agama Islam pada hari Ahad (16 Disember) yang lalu.

Kredit: Polly Alexandria Robinson/Instagram

Kredit: Polly Alexandria Robinson/Instagram

Oleh kerana perbezaan pelbagai faktor yang sangat ketara, gambar-gambar upacara perkahwinan mereka menjadi tular di media sosial. Antaranya adalah gambar ketika pasangan pengantin ini dirakam sedang duduk bersebelahan dihadapan kadi pernikahan. Apa yang lebih mencairkan hati adalah wajah Polly yang kelihatan sangat gembira dan manis, dengan lengkap berpakaian putih yang sederhana bersama dengan sehelai selendang merah jambu yang menutupi rambutnya.

Kredit: Eris Riswandi/Facebook

Pasangan ini dipercayai telah bertemu pada tahun lalu di Bali pada bulan Ogos. Pada masa itu, Karna sedang bekerja di Bali ketika bertemu dengan Polly dan kedua-duanya mula jatuh cinta, berdasarkan laporan Tribun Jogja. Pertemuan pertama ini seterusnya telah membawa mereka kepada pertemuan yang lebih banyak selepas itu sehingga akhirnya mereka telah jatuh cinta.

Kredit: Polly Alexandria Robinson/Instagram

Kredit: Polly Alexandria Robinson/Instagram

Selepas kira-kira satu setengah tahun menjalani hubungan jarak jauh, mereka memutuskan untuk berkahwin. Pada mulanya, Karna berkata bahawa dia tidak percaya bahawa gadis secantik Polly akan jatuh cinta padanya. Bukan itu sahaja, hubungan mereka berdua juga seperti tidak mendapat sokongan daripada orang sekeliling mereka, tetapi syukurlah, mereka menjadi lebih kuat kerana semua kritikan yang diterima dan bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih serius.

Kredit: Polly Alexandria Robinson/Instagram

“Inilah takdirnya. Saya tidak pernah meminta isteri warga asing tetapi Allah telah memutuskan bahawa Polly sepatutnya menjadi isteri saya dan saya benar-benar bersyukur kerananya,” katanya. Kerana serius ingin bersuamikan Karna, Polly juga telah memeluk agama Islam enam bulan sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan dan Karna juga dilaporkan sedang dalam proses memohon kewarganegaraan untuk isterinya.

Kredit: Polly Alexandria Robinson/Instagram

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan mereka di Magelang dan dihadiri oleh keluarga Karna dan walaupun keluarga Polly tidak dapat hadir, namun dilaporkan bahawa mereka telah merestui hubungan pasangan ini. Selepas berkahwin, Karna dan Polly kembali ke Bali, yang merupakan tempat tinggal mereka sekarang. Karna juga merupakan pengajar aktiviti luncur dan memiliki sebuah restoran di Bali yang dikenali sebagai Luku Kitchen.

Kredit: Polly Alexandria Robinson/Facebook

Karna berkata bahawa dia langsung tidak menyangka bahawa perkahwinan mereka akan menjadi tular seperti yang berlaku ini. “Satu-satunya niat saya adalah untuk menjadikan perhubungan kami halal. Tetapi sejak kisah kami menjadi tular, saya harap kisah ini akan menjadi inspirasi untuk para netizen,” katanya.

Sumber: World Of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds