Baru-baru ini, industri hiburan China dihangatkan dengan kemunculan treler filem terbaharu mereka, Raja Monyet (Monkey King atau Sun Wukong) yang diilhamkan daripada novel klasik abad ke-16, Journey to the West, yang memaparkan kisah watak utamanya yang telah menjengah ke alam futuristik.

Kredit: Tencent Video / Geek Culture

Filem Raja Monyet berkisar tentang Perang Berperisai Tuhan Raja Monyet (Armored War God Monkey King (机甲战神孙悟空) yang mengikuti Raja Monyet mengembara ke alam yang bertentangan, syurga dan neraka untuk menyelamatkan cinta hatinya. Filem ini turut memaparkan adegan-adegan pertempuran.

Walau bagaimanapun, penyiaran treler filem ini telah mendapat kritikan keras daripada netizen di China, yang mendakwa bahawa filem ini adalah peniruan kepada filem adiwira terkenal, “Iron Man”. Hal ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang kelihatan saling tidak tumpah dengan filem pecah panggung itu.

Kredit: Tencent Video

Menerusi filem Raja Monyet, watak utamanya, Raja Monyet diperlihatkan memakai pakaian perisai yang mempunyai reka bentuk yang hampir serupa dengan watak utama filem Iron Man, dan pemilihan warna pakaian perisai yang sama iaitu warna emas dan merah.

Kredit: Marvel Studios / Tencent Video

Menurut Shanghaiist dan AbacusNews, ramai netizen yang menggambarkan bahawa filem itu tidak lebih daripada sekadar filem Iron Man yang murah dengan kesan CGI yang tidak bagus. Malahan, ada juga antaranya yang mendakwa bahawa filem ini hanyalah sebuah filem cinta yang sudah biasa ditayangkan.

“Saya hanya mempunyai satu soalan… Bukankah hal ini memalukan?” tulis satu komen Weibo yang disokong lebih daripada 1,900 kali.

Selain itu, ada juga yang menegaskan bahawa beberapa adegan yang ditayangkan dalam treler itu seolah-olah dibawa keluar dari filem Iron Man.

Kredit: Marvel Studios / Tencent Video

Dari reka bentuk sisi topeng perisai, penggunaan warna merah dan emas… adakah ini semuanya kebetulan?

Kredit: Marvel Studios / Tencent Video

Menjelaskan tentang dakwaan yang menghangatkan industri hiburan di China ini, pembikin filem Raja Monyet tidak menyangkal tentang persamaan yang ada dalam filem ini dengan filem Iron Man, dan turut menambah bahawa mereka juga mendapat ilham daripada filem pecah panggung yang lain seperti Transformers dan Gundam.

Menerusi video promosi di belakang tabir pembikinan filem ini, pasukan penerbitan mengatakan bahawa walaupun filem ini mempunyai pengaruh yang jelas kelihatan, namun tujuan utama pembikinan filem itu adalah untuk menunjukkan bahawa “kita boleh mencipta wira berperisai yang dimiliki oleh China”.

“Tidak kira betapa sukarnya proses itu, kami akan membawa impian zaman kanak-kanak kami, menyampaikan kepada dunia tentang wira berperisai pintar buatan China.”

Tonton treler Raja Monyet yang berikut:

Kredit: MemesDank/YouTube

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds