Siapa sahaja yang tidak mengenali filem ‘Home Alone’ lakonan Macaulay Culkin yang menjadi filem hit ‘blockbuster’ pada tahun 1990 dan ia terus dikenali sebagai filem klasik kegemaran ramai menjelang Krismas dan cuti hujung tahun.

Baru-baru ini, syarikat Google telah menyiarkan satu iklan mempromosi ‘Google Assistant’ dengan kerjasama aktor Macaulay Culkin yang melakonkan semula watak kanak-kanak comel yang nakal lagi bijaksana, ‘Kevin McCallister’.

Produksi Google menghidupkan semula beberapa babak terkenal dalam filem ‘Home Alone’ tahun 1990, menerusi iklan ‘Home Alone Again with the Google Assistant’ versi tahun 2018.

Macaulay Culkin diperkenalkan dengan watak ‘Kevin McCallister’ oleh pengarah John Hughes pada tahun 1990 ketika beliau berusia 10 tahun. Hampir 30 tahun kemudian ketika berusia 38 tahun, bintang ini kembali dalam iklan Google dengan penampilannya ketika dewasa nampak lebih baik dan sihat selepas melalui zaman kanak-kanak dan remaja yang mencabar.

1990

2018

Filem ‘Home Alone’ begitu berjaya sehingga tercatat di dalam Rekod Dunia Guinness kerana mencapai kutipan ‘box office’ selama 25 tahun dengan kutipan tiket sebanyak RM2 bilion di 1,202 panggung wayang di seluruh dunia.

1990

2018

Selepas mencapai kejayaan dalam filem ‘Home Alone’, Macaulay Culkin tidak terus cemerlang sebagai seorang aktor. Populariti yang dikecapi sebagai pelakon kanak-kanak telah membawa pelbagai masalah dalam kehidupan peribadinya. Pada tahun 2004, Macaulay Culkin telah ditahan dan mengaku bersalah kerana memiliki dan memiliki ganja dan dua dadah larangan.

1990

2018

Macaulay Culkin bersara awal dari bidang lakonan pada usia 14 tahun dan berkahwin pada usia 18 tahun.

1990

2018

Para peminat yang melihat iklan ‘Google Assistant’ bukan sahaja berasa teruja melihat lakonan semula Macaulay Culkin, tetapi turut berasa gembira kerana melihat dirinya yang kembali beraksi di hadapan skrin dalam keadaan yang lebih sihat dan bahagia. Kini Macaulay bahagia melalui kehidupan sebagai seorang aktor, penulis dan pelukis.

1990

2018

1990

2018

1990

2018

Dalam iklan ‘Google Assistant’ ini, rumah keluarga Kevin McCallister pada tahun 2018 kini dilengkapi teknologi AI, dan Kevin dewasa tidak perlu bersusah payah merancang strategi menghalau dua pencuri itu seperti ‘Home Alone’ dahulu, kerana semuanya akan dilakukan oleh ‘Google Assistant’ yang canggih, selepas diarah oleh Kevin.

1990

2018

Kredit imej oleh Google / YouTube

Lihat iklan ‘Home Alone Again with the Google Assistant’ di bawah.


Kredit : Google / YouTube

Sumber : Google / YouTube , Bored Panda

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds