Romnick L. Blanco dilahir dan dibesarkan di kawasan pedalaman di wilayah terpencil kaki bukit di Sierra Madre, Filipina sebagai seorang anak petani yang sangat rajin mencari rezeki agar anak kesayangan mereka berpeluang untuk menyambung pelajaran mereka seterusnya berjaya. Justeru, Romnick berazam untuk merealisasikan impian bapanya.

Oleh kerana dia menetap di kawasan kaki bukit, maka dia perlu berjalan berbatu-batu jaraknya selain merentasi sungai untuk pergi ke sekolah. Walaupun berhadapan dengan kepayahan untuk ke sekolah, namun dia tidak pernah ponteng mahupun gagal menghadirkan diri ke sekolah.

Ini menunjukkan minat yang mendalam Romnick terhadap pelajaran meskipun dia berasal daripada keluarga yang susah. Dia juga merupakan seorang pelajar yang pintar dan berjaya menamatkan pendidikan di sekolah dengan cemerlang dalam setiap subjek.

Beginilah cara Romnick merentasi sungai untuk ke sekolah

Kredit: News 5 Features|Facebook

Romnick dan ibu bapa

Kredit: News 5 Features|Facebook

Pada tahun 2011, Romnick dibiayai oleh yayasan amal tempatan dikenali GreenEarth Heritage yang ditubuhkan bertujuan untuk membantu kanak-kanak petani miskin dengan memberi mereka akses kepada pelajaran Bahasa Inggeris dan kelas komputer. Mereka juga dibantu dengan kos sampingan pendidikan sekolah awam. Bantuan berkenaan bagai ‘menyinari’ kehidupan Romnick.

Yayasan berkenaan juga menganugerahkan Romnick biasiswa penuh sebagai pelajar di International School Manila, iaitu salah sebuah sekolah paling berprestij di Filipina di mana dia berjaya menamatkan pengajian dengan kepujian tertinggi.

Dari kawasan pedalaman ke Harvard!

Kredit: News 5 Features|Facebook

Saat inilah Romnick berjaya menarik minat beberapa universiti Ivy League yang menawarkan biasiswa penuh. Jadi, Romnick mempunyai beberapa pilihan sama ada mahu ke Dartmouth College, Wesleyan University atau NYU di Abu Dhabi.

Akhirnya, dia memilih untuk menerima tawaran biasiswa penuh daripada Harvard. Dia yang bergraduasi daripada sekolah menengah pada tahun 2017, memutuskan untuk berehat selama setahun bagi meneroka dunia. Namun pemuda ini tidak pernah melupakan asal usulnya. Oleh demikian, dia bertindak dengan menanam lebih daripada 1,500 batang pokok di ladang bapanya.

Kredit: News 5 Features|Facebook

Romnick berharap agar akan ramai lagi anak-anak petani diberikan peluang yang sama diterimanya untuk menyambung pengajian. Menurutnya, “Saya percaya apa yang jadi kepada saya ini seperti satu anugerah.”

Sumber: Good Times, Elite Reader

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds