Ahli silap mata, John Stressel amat mahir menunjukkan persembahan silap mata yang mampu memukau pandangan dan mempesonakan para penonton. Selepas beberapa tahun menghiburkan penonton manusia, John Stressel ingin mencuba membuat persembahan silap mata di hadapan haiwan peliharaan, dan ingin melihat reaksi mereka. Beberapa ekor anjing comel di sebuah pusat perlindungan dan penjagaan haiwan terbiar menjadi pilihan John.

Kredit : TBS/YouTube

John Stressel melawat Rumah Perlindungan Haiwan Hempstead di New York, dan melakukan persembahan silap mata yang ‘magis’ di hadapan anjing-anjing yang comel dan bijak, yang sedang menanti untuk dipelihara oleh tuan baru.

Kredit : TBS/YouTube

Seperti Luna yang amat comel, bijak dan aktif.

Kredit : TBS/YouTube

Dengan menggunakan helah memberi makanan anjing di kedua belah tangan, John ingin melihat reaksi haiwan ini, dengan harapan personaliti comel dan mempesona yang ditunjukkan oleh anjing-anjing terlibat akan membolehkan mereka menemui keluarga angkat yang baru secepat mungkin.

Kredit : TBS/YouTube

Dan si comel Bebe berasa John telah menipunya dengan helah itu, lalu beredar pergi.

Kredit : TBS/YouTube

John berkata, “Saya amat menyukai idea mempersembahkan silap mata di hadapan anjing-anjing ini. Melakukan persembahan bersama mereka sudah pasti amat menghiburkan, dan melalui satu pengalaman dengan perasaan yang amat hebat.”

Kredit : TBS/YouTube

Tambah John lagi, “Reaksi daripada anjing-anjing ini amat mengagumkan. Mereka semua amat comel dan bijak, serta mempunyai personaliti yang amat istimewa.”

Kredit : TBS/YouTube

Reaksi anjing-anjing bijak yang sungguh berharga serta penuh keajaiban. Terasa seperti ingin mengambil kesemuanya sebagai keluarga angkat.

Kredit : TBS/YouTube

Lihat video persembahan silap mata di hadapan anjing-anjing yang comel dan menghiburkan di bawah.

Kredit : TBS / YouTube

Sumber : TBS/YouTube , Happiest

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds