Laporan dari Reuters pada 14 Disember mengatakan bahawa syarikat farmaseutikal Johnson & Johnson (J&J) tahu mengenai kandungan asbestos penyebab kanser terdapat dalam bedak bayi yang popular selama beberapa dekad ini.

Selepas penerbitan laporan itu, saham syarikat tersebut turun sebanyak lebih kurang 10 peratus pada 14 Disember. Saham J&J daripada $144.35 pada 9:30 pagi turun kepada kira-kira $132.80 pada pukul 4 petang. CNBC melaporkan syarikat itu kehilangan kira-kira $39.8 bilion dalam nilai pasaran.

 

Laporan itu mendakwa bahawa J&J tidak memberitahu Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) mengenai tiga ujian makmal oleh tiga makmal yang berbeza dari 1972 hingga 1975 mengenai asbestos yang didapati dalam bedak talkumnya. Dalam satu kes, tahap bahan karsinogenik tersebut digambarkan sebagai “agak tinggi”, menurut laporan Reuters.

Syarikat itu menyelar laporan Reuters di laman webnya, mengatakan laporan tersebut adalah salah dan tidak adil. “Secara ringkas, laporan Reuters adalah teori konspirasi yang tidak masuk akal, kerana ia nampaknya telah dirancang selama 40 tahun, dirancang oleh kalangan generasi pengawal selia global, saintis dan universiti terkemuka di dunia, makmal bebas terkemuka, dan pekerja J&J,” kata J&J dalam satu kenyataan.

Syarikat itu berkata bahawa bedak bayi ikoniknya adalah selamat dan bebas asbestos. Ia menambah bahawa “kajian lebih daripada 100,000 lelaki dan wanita menunjukkan bahawa bedak talkumnya tidak menyebabkan penyakit kanser atau penyakit berkaitan asbestos.

“Beribu-ribu ujian bebas oleh pengawal selia dan makmal terkemuka di dunia membuktikan bedak bayi kami tidak pernah mengandungi asbestos,” tulis J&J. “Peguam J&J memberikan Reuters dengan beratus-ratus dokumen sokongan dan terus memberi maklum balas kepada berpuluh-puluh soalan untuk memperbetulkan kesilapan maklumat yang salah dan kepalsuan. Walaupun demikian, Reuters berulang kali enggan bertemu dengan wakil kami untuk mengkaji semula fakta-fakta dan enggan mendedahkan bahan bukti yang telah kami berikan kepada mereka. ”

Tetapi Reuters mendakwa telah memeriksa laporan dalaman, memo syarikat, dan dokumen rahsia lain daripada peguam melalui 11,700 plaintif yang mendakwa bedak bayi J&J menyebabkan kanser dari sekurang-kurangnya 1971 hingga 2000-an. Sementara itu, syarikat itu berkata “bahan untuk menghasilkan bedak dan produk yang sudah siapdihasil diuji positif bebas daripada asbestos.”

Daripada ribuan tuntutan undang-undang, J&J telah memenangi beberapa kes, kata CNBC. Walau bagaimanapun, pada bulan Julai tahun ini, J&J telah diperintahkan untuk membayar sejumlah $4.7 bilion ganti rugi kepada 22 wanita yang mendakwa produk J&J menyebabkan mereka menghidapi kanser ovari, menurut BBC.

Kredit: Reuters/Mike Segar

“Artikel ini telah mengabaikan J&J yang telah bekerjasama sepenuhnya dan terbuka dengan FDA dan pengawal selia global yang lain, memberikan mereka semua maklumat yang mereka minta selama beberapa dekad. Kami juga telah membenarkan bedak talkum kosmetik dan pemprosesan yang disediakan untuk pengawal selia melakukan ujian. Pengawal selia telah menguji kedua-duanya, dan mereka mendapati produk kami bebas asbestos,” menurut kenyataan J&J.

Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) mengatakan asbestos, yang digunakan untuk memadamkan kebakaran, dapat menyebabkan penyakit paru-paru.

“Tiga daripada kesan kesihatan utama yang berkaitan dengan asbestos adalah: kanser paru-paru; mesothelioma, sejenis kanser yang jarang ditemui dalam lapisan paru-paru, dada, perut dan jantung; dan asbestosis, penyakit yang progresif, jangka panjang, bukan kanser paru-paru, ” kata EPA di laman webnya.

Walaupun kenyataan telah dikeluarkan oleh J&J, reputasi syarikat tersebut telah jatuh teruk. Seperti yang dinyatakan CNN, 14 Disember adalah hari paling buruk buat syarikat tersebut di pasaran saham sejak 2002. Pada 19 Julai 2002, saham Johnson & Johnson turun 16 peratus selepas pengawal selia persekutuan menyiasat tuduhan bekas pekerja tentang penyimpanan rekod palsu di sebuah kilang membuat ubat anemia yang dikaitkan dengan kesan sampingan yang serius.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds