AMERIKA SYARIKAT – Seorang lelaki, Rick Antosh dari Edgewater, New Jersey, sedang menikmati hidangan tiram di sebuah restoran, Oyster Bar, Grand Centre Terminal di Manhanttan pada 1 Disember lalu, terperanjat setelah menemui sesuatu yang sangat berharga pada hidangannya – sebutir mutiara yang bernilai ribuan dolar.

“Ia merupakan hidangan tiram bakar terbaik yang pernah saya makan,” jelas Antosh sambil ketawa. Pada mulanya, dia tidak tahu menahu hidangan tiramnya itu mengandungi mutiara. “Saya sedang berbual bersama rakan sehinggalah saya terkejut melihat tiram berkenaan. Saya tidak menggigitnya namun dapat merasai ada sesuatu yang pelik. Saya fikir terdapat isi perut ataupun gigi di dalamnya,” kata Antosh pada CBS New York.

Dia kemudian memeriksa penemuan kecil berbentuk kacang tersebut. “Ketika saya nampak bintik hitam, ia amat menarik minat saya. Saya fikir ada peralatan daripada dapur yang patah berada dalam makanan itu. Kemudian, pihak restoran mengesahkan bahawa ianya merupakan sebutir mutiara.

Penemuan sebegitu merupakan kali kedua berlaku di restoran berkenaan kata chef yang telah berkhidmat selama 28 tahun di situ. Mutiara berkenaan difahamkan bernilai ribuan dolar tetapi Antosh tidak akan menjualnya kerana menganggap ia memberinya tuah.

Dia sangat sukakan tiram dan akan terus memakannya. Manalah tahu dia akan terjumpa lagi mutiara, bukan? Penghasilan mutiara difahamkan berlaku 1 dalam 10,000 dan ia terjadi ekoran pasir yang memasuki cangkerang tiram.

Sumber: cbsnews

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds