Menjadi perkara biasa pada hari ini, kita melihat anak-anak kecil diberikan oleh ibu bapa bermain telefon pintar dan tablet. Walaupun ramai ibu bapa yang menyedari akan bahaya ketagihan gajet kepada anak-anak kecil, tetapi memandangkan gajet itu dapat membantu melekakan anak mereka buat sementara, maka anak-anak dibiarkan bermain dengannya. Lama-kelamaan, telefon pintar dan tablet itu menjadi gajet yang semakin sukar dipisahkan daripada mereka.

Pasangan suami isteri ini berkongsi bagaimana anak mereka bernama Dhiya yang baru berusia 2 tahun mendapat rawatan mata akibat sindrom ‘lazy eye’ (amblyopia) atau mata malas pada tahap awal, dengan salah satu mata menjadi juling. Dalam artikel ini, Puan Juliana Aziz berkongsi pengalaman menerusi ‘post’ di halaman Facebooknya, dengan harapan kejadian ini dapat memberi iktibar dan pengajaran kepada ibu bapa yang lain.

Kredit : Puan Juliana Aziz / Facebook

Ikuti perkongsian Puan Juliana Aziz di bawah.

Semoga ‘post’ ini menjadi iktibar kepada semua, jangan berikan anak-anak kecil bermain telefon pintar, tablet atau apa juga gajet.

Dhiya sudah berjaya dipisahkan daripada gajet sejak 2 tahun yang lalu, tetapi mata kanan yang telah dibuka itu, sehingga hari ini kadang kala ada ternampak juling sedikit.

Semasa usia Dhiya setahun lebih, kami telah tersilap memberinya bermain dengan telefon pintar. Mula-mula kami rasa ia sekejap sahaja apabila perlu. Contoh, untuk mengelakkan dia mengacau mamanya di dapur, untuk pastikan dia duduk diam sewaktu menyiapkan makanan dia, atau waktu mama dia terlalu penat dan mahu berehat sekejap, waktu solat, waktu meragam dalam kereta dan sebagainya.

Kredit : Puan Juliana Aziz / Facebook

Bukan selalu sebenarnya Dhiya bermain dengan telefon pintar. Setiap hari dia ada bermain dengan buku, ‘flash card’ dan permainan biasa yang lain.

Tetapi, semakin Dhiya membesar, dia mula pandai ambil sendiri dan buka telefon pintar mama dan papa dia. Apabila kami kunci dengan ‘password’, Dhiya akan menangis meminta buka telefon kerana mahu menonton video kartun.

Kami tidak sangka, tindakan memberi Dhiya bermain telefon pintar pada ‘waktu yang perlu’ itu, akhirnya memberi kesan yang buruk kepada anak sulung kesayangan kami. Kami mula berkeras apabila menyedari terdapat simptom ketagihan pada anak kami. Pada masa yang sama Dhiya kerap mengadu pening, sakit kepala sambil mengosok-gosok matanya.

 

Kredit : Puan Juliana Aziz / Facebook

Kami ada terbaca artikel mengenai bahaya kesan pendedahan gajet pada mata, minda dan emosi kanak-kanak. Kemudian setelah berbincang, kami sepakat untuk menyembunyikan semua gajet yang berada di dalam rumah. Kami berusaha sedaya upaya mengelak daripada menggunakan telefon pintar di hadapan Dhiya, dan kami juga berasa sukar untuk menahan serta memisahkan dengan keinginan dan ketagihannya terhadap gajet. Dan kelihatan pada mata kanannya menjadi juling pada tahap awal.

Sebulan yang lalu, kami membawa Dhiya berjumpa optometris yang kebetulan ibu saudara kami di Optometris Siti Mastura, dan memintanya melihat mata anak kami, sama ada ia salah satu simptom ‘lazy eye’ yang kami baca di internet.

Kredit : Puan Juliana Aziz / Facebook

Ibu saudara kami mencadangkan supaya kami membeli ‘patching’ mata untuk menutup mata dia yang normal, dan membiarkan mata yang sedikit juling itu ‘berkerja’ dengan lebih kerap. Oleh kerana simptom di mata kanan Dhiya masih di peringkat permulaan, maka ia masih belum di tahap serius. Jika tiada perubahan, ibu saudara kami mencadangkan supaya membawa Dhiya mendapatkan rawatan doktor pakar mata di Klinik Mata UIA Kuantan. Katanya menjadi perkara biasa kanak-kanak memakai ‘patching’ mata untuk merawat mata kanak-kanak dengan simptom ‘lazy eye’.

Selepas 3 minggu, kami membawa Dhiya memeriksa matanya di Optical Focus Point East Coast Mall Kuantan. Keputusan menunjukkan mata kirinya rabun ±50 dan mata kanan dengan rabun silau ±100! Kata rakan saya, ketepatan alat pemeriksaan mata berkomputer hanya 80 peratus sahaja. Jadi adalah lebih baik kami membawa Dhiya berjumpa doktor pakar mata untuk mengesahkan tahap kerabunan mata dia menggunakan alat pemeriksaan mata yang lebih sesuai untuk kanak-kanak memandangkan Dhiya masih kecil.

 

Kredit : Puan Juliana Aziz / Facebook

Selepas 2 tahun berlalu, kami berasa amat bersyukur kerana Dhiya sudah ‘putus cinta’ dengan telefon pintar dan gajet lain. Akhir bulan ini, Dhiya akan menyambut hari jadi yang ke-4 dan tahun hadapan akan memasuki pra-sekolah. Kini Dhiya tidak lagi peduli untuk melihat telefon pintar. Dan Dhiya kini menjadi lebih fokus dan cepat respon jika kita memanggilnya dan meminta membuat apa-apa kerja.

Mama dan Papa minta maaf kerana kurang bijak dan tersilap langkah memberi Dhiya main telefon pintar dan tablet masa kecil dahulu. Kami akan mencuba yang terbaik untuk merawat mata Dhiya sehingga pulih.

Kredit : Puan Juliana Aziz / Facebook

Semoga perkongsian ini memberi sedikit sebanyak manfaat dan peringatan untuk semua. Untuk ibu bapa yang berada di dalam dilema dan kerumitan tentang bab anak yang ‘jatuh hati dan jatuh cinta’ dengan gajet telefon pintar dan tablet, sila pisahkan dengan sepenuhnya ketagihan anak-anak kecil anda itu dengan scepat mungkin sebelum usia mereka memasuki 7 tahun. Rawat dengan segera ketagihan anak-anak kecil terhadap gajet sebelum terlambat.

Sumber : Puan Juliana Aziz/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds