Kadar caj parkir di Malaysia sememangnya tinggi terutamanya di kawasan pusat bandar dan hal ini membuatkan kita menjadi semakin runsing. Caj parkir di lapangan terbang juga begitu tinggi dan hal ini terbukti sungguh mengejutkan apabila seorang lelaki mengongsikan kadar yang perlu dibayarnya setelah meletakkan kenderaan di ruang parkir KLIA selama dua setengah hari sahaja!

Menurut perkongsian juruhebah radio Melody iaitu DJ Anson Kow, dia telah pergi ke Hong Kong dan meletakkan kenderaannya di KLIA selama dua hari setengah. Sekembalinya dia ke Malaysia, Anson amat terkejut apabila mendapati dia perlu membayar caj parkir yang begitu tinggi mencecah sehingga RM357!

Kredit: Facebook

Menerusi Facebooknya, Anson menulis, “Semalam saya terlalu letih untuk merasakan apa-apa. Ini adalah caj parkir yang paling mahal pernah saya bayar sepanjang hidup. Saya hanya boleh meletakkan kesalahan pada diri sendiri kerana terlalu cuai.”

Berdasarkan perkongsian berkenaan, Anson telah meletakkan kenderaannya di seksyen Preferred Parking yang mempunyai kadar caj lebih mahal dan kemudahan yang lebih baik. Namun, dia langsung tidak menyedari semua ini sehinggalah dia menyedari jumlah wang yang perlu dibayarnya.

Dalam laman sesawang parking.com.my, caj parkir untuk seksyen tersebut dikatakan bermula serendah RM5 sejam hingga jam yang keempat sahaja. Untuk jam yang berikutnya, harga caj akan meningkat kepada RM6 sejam.

Kredit: Shuttershock

Perkongsian ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang mencadangkan Anson untuk membuat laporan mengenai kehilangan tiket parkirnya atau menggunakan pengangkutan awam serta perkhidmatan e-hailing untuk pergi ke KLIA selepas ini.

Malah, ada juga salah seorang netizen yang menceritakan pengalaman sama di mana dia perlu membayar sejumlah wang bernilai RM750 kerana tersilap memasuki seksyen preferred parking untuk meletakkan kenderaan.

Semoga kisah ini dijadikan tauladan buat anda semua agar tidak mengalami nasib yang sama seperti Anson.

Sumber: World of Buzz, Anson Kow/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds