Apabila berbicara tentang bilik pelajar lelaki di hostel, pasti minda kita akan segera membayangkan keadaan yang bersepah, kotor, berbau dan tidak terurus. Tapi, bukan semua lelaki begitu ya. Perempuan pun ada sahaja yang tidak menjaga kebersihan bilik masing-masing.

Pelajar lelaki ini, Zushyan Magen berkongsi beberapa gambar menunjukkan bilik di hostel kolejnya yang sangat berbeza daripada yang lain. Menurutnya juga, persekitaran kondusif biliknya itu sangat membantunya semasa membuat tugasan. Hal ini kerana Zushyan merupakan pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan Awam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang memerlukan dirinya untuk kekal fokus dalam pelajaran.

Dekorasi indah biliknya ini ternyata memberinya semangat untuk mengulang kaji pelajaran walaupun penat setelah seharian menjalankan aktiviti dan ke kelas. Biliknya juga sering dijadikan lokasi perbincangan dalam kumpulan bersama rakan-rakan. Lihatlah sendiri biliknya ini…..

Transformasi bilik tersebut dilakukan pada awal November lalu di mana dia menambah lampu, permaidani, kertas hiasan dinding dan langsir dengan anggaran kos sekitar RM600. “Ia dilakukan secara berperingkat. Kebanyakan barangan saya beli di Ikea dan Kaison.”

Keadaan bilik sebelum dekorasi:

Konsep hiasan dekorasi biliknya ini bertemakan tropika. Tambahnya lagi, “Jika semester telah berakhir, saya akan membawa balik semua barang kecuali kertas hiasan dinding.

Sebelum ini, saya tinggal berdua membuatkan agak sukar untuk saya hias, tetapi sekarang saya tinggal seorang. Jadi, agak mudah untuk saya hias. Rakan-rakan pun terkejut dengan transformasi bilik ini. Mereka cakap seperti berada di rumah,” akhirinya.

Sumber: mStar

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds