Bagi pelakon pentas, penari, penyanyi, dan lain-lain – rasa gementar ketika membuat persembahan di atas pentas adalah menjadi kebiasaan. Pelbagai cara dilakukan oleh penghibur untuk menangani rasa gementar. Jika anda perasan, ramai penyanyi memakai cermin mata hitam ketika menyanyi secara langsung; mungkin itu adalah salah satu cara untuk menangani rasa gementar.

Tetapi apa yang berlaku apabila anak kecil rasa gementar ketika melakukan persembahan? Mereka mungkin memerlukan galakan daripada orang yang mereka rapat untuk ada bersamanya di atas pentas. Itulah yang dilakukan seorang bapa, Marc Daniels yang memberikan sokongan kepada anak perempuannya yang berusia 2 tahun, Bella ketika dia kelihatan sangat gementar ketika mempersembahkan tarian baletnya.

Kredit: The Sun, UK

Gadis cilik dari Sekolah Tarian Motion di Bermuda tersebut kelihatan sangat gementar dan dia ditemani oleh guru tariannya tetapi dia masih kelihatan kaku dan mula menangis.

Video persembahan telah menjadi tular, menunjukkan Marc dengan cepat berlari ke atas pentas untuk menyertai anak perempuannya menari. Marc bukannya mahu cuba untuk mengambil anak perempuannya dari pentas, sebaliknya dia memegang tangan anaknya dan melakukan rutin tarian bersama-sama. Sambil menari, Marc turut kelihatan mendukung anak perempuannya yang lain, Suri di tangannya sepanjang masa di atas pentas.

Kredit: The Sun, UK

Marc berkata bahawa Bella benar-benar teruja dengan persembahannya tetapi tiba-tiba dia kelihatan takut dan gementar apabila berada di atas pentas. Marc berdiri di sebelah anaknya dan cuba membina keyakinannya dengan mengatakan bahawa dia seorang penari yang luar biasa.

Kredit: The Sun, UK

Perbuatan kasih sayang ayah untuk anaknya yang comel ini telah menyentuh hati netizen di seluruh dunia, dan telah mengagumkan para penonton dengan kemahiran baletnya. Marc berkata bahawa dia telah berlatih di rumah dengan anak-anak perempuannya sehingga membuatkan dia tahu pergerakan dan rutin tarian balet.

Tonton adegan comel tersebut dalam video di bawah:

Kredit: In Motion School of Dance/Youtube

Sumber: momspressoIn Motion School of Dance/Youtube

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds