Baru-baru ini, Persatuan Pengguna di Hong Kong telah mengumpul 55 sampel minyak wangi yang terdapat di pasaran di mana terdapat 4-15 alergen yang terkandung di dalamnya.

Kredit: Channel 8 News

Menurut Oriental Daily, ujian telah dijalankan bagi mengkaji sama ada minyak wangi berkenaan mengandungi 26 bahan yang mendatangkan alahan seperti yang digariskan oleh pihak Arahan Kosmetik Eropah. Sebanyak 55 buah sampel yg diuji – 28 daripadanya adalah Eau de Parfum, 23 pula Eau de Toilette, manakala 4 untuk Eau de Cologne.

Menurut laporan, Acqua Di Parma mencatatkan ketepuan alergen tertinggi iaitu sebanyak 5.35%, sementara jenama seperti Giorgio Armani, Tiffany & Co., Chanel, Valentino, dan Guerlain pula mengandungi 3% bahan penyebab alahan.

Selain itu, Chanel No. 5 Eau de Parfum pula mempunyai 15 jenis kimia menjadikan ia jenama yang paling banyak membawa kemudaratan. Ia juga merupakan jenama ketiga termahal untuk minyak wangi di mana sebotol menelan belanja sehingga RM720.

Laporan tersebut juga ada menyatakan bahawa kesemua sample yang diuji mengandungi Limonene dan Linalool iaitu 2 jenis kimia yang disenaraikan oleh Arahan Kosmetik Eropah. Walaupun dalam kuantiti yang kecil, namun ia boleh menyebabkan alahan pada kulit pengguna jika terdedah pada udara, sama ada ruam ataupun bengkak.

Oleh yang demikian, pengguna disarankan agar memeriksa dahulu label sebelum membeli selain mencuba sendiri ‘tester’ dengan menyemburkan ia dalam kuantiti yang sedikit pada fabrik pakaian dan bukannya terus pada kulit. Berikut merupakan produk yang mengandungi lebih daripada 10 bahan penyebab alahan :

15 jenis bahan kimia:

  • Chanel No. 5 Eau de Parfum

14 jenis bahan kimia:

  • Chanel Gabrielle Eau de Parfum
  • diptyque 34 Trente-Quatre Boulevard Saint Germain Eau de Toilette
  • Michael Kors Sexy Ruby Eau de Parfum

13 jenis bahan kimia:

  • Dior J’adore Eau de Parfum
  • Elizabeth Arden 5th Avenue Eau de Parfum
  • Lancome Miracle L’Eau de Parfum

12 jenis bahan kimia:

  • Acqua di Parma
  • Magnolia Nobile Eau de Parfum
  • Estee Lauder Pleasures Eau de Parfum
  • Gucci Flora Eau de Parfum
  • Mon Guerlain Eau de Toilette
  • Kiehl’s Original Musk Blend No. 1 Eau de Toilette
  • The Body Shop White Musk Eau de Parfum

11 jenis bahan kimia:

  • Adidas Dynamic Pulse Eau de Toilette
  • Tous Eau de Parfum
  • Yves Saint Laurent Black Opium Eau de Parfum

10 jenis bahan kimia

  • Calvin Klein CK Be Eau de Toilette
  • Hermes Twilly d’Hermès Eau de Parfum
  • L’Occitane Roses et Reines Eau de Toilette
  • Tom Ford Grey Vetiver Eau de Parfum
  • Zara Rose Eau de Toilette

Sumber: Channel 8 News, World of Buzz

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds