Pernahkan anda terfikir untuk menikmati minuman ‘bubble tea’ yang berkhasiat di samping boleh melegakan batuk? Kini, anda boleh merasai keunikan minuman bubble tea yang diperkaya dengan Pei Pa Koa – sejenis herba tradisional Cina yang digunakan bagi mengubati sakit tekak dan batuk.

Sebuah kedai di California, Labobatory, telah menjual bubble tea atau lebih dikenali dengan panggilan ‘boba tea’ dalam kalangan penduduk tempatan di sana, di mana kedai berkenaan telah mencipta satu minuman menggunakan ramuan Nin Jiom Pei Pa Koa.

Kredit: Labobator|Facebook

Seperti sirap herba yang kita makan ketika batuk atau sakit tekak, ia berasa sedikit segar bak pudina. Justeru, tidak dapat dipastikan pula bagaimana rasanya jika ia merupakan asas perasa pada minuman bubble tea berkenaan.

Menerusi laman Facebook Labobatory, minuman unik berkenaan merupakan sebahagian daripada menu istimewa sempena musim cuti ini bersama dengan 4 lagi minuman perasa lain yang diinspirasikan daripada musim cuti. Selain itu, kedai berkenaan turut menjelaskan bahawa ‘Kami dalam usaha untuk mencipta ramuan unik yang menggabungkan bahan-bahan tradisional dan moden”.

Kredit: Labobator|Facebook

Bagi memutarkan semula memori silam ketika ibu bapa anda menjaga anda ketika sakit, apa kata anda cuba buat sendiri minuman sebegini. Mungkin anda boleh hidangkannya pada tetamu sewaktu sambutan Hari Natal nanti.

Sumber: Labobator|Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular

Ad will display in 09 seconds