Pasangan tersebut telah mengambil sembilan beradik sebagai anak angkat dari pusat penjagaan untuk memastikan semua adik beradik boleh tinggal bersama. Peggy Smith dan suaminya, Jacob tidak mempunyai anak sehingga mereka mendapat tahu tentang sembilan beradik tersebut di Facebook.

Kredit: Caters News Agency

Mereka kini menjadi ibu bapa kepada empat orang kanak-kanak yang berumur antara beberapa bulan hingga empat tahun. Mereka memutuskan untuk bergabung dengan ibu bapa Jacob, Thad dan Loryn untuk mengambil kesemua sembilan beradik tersebut yang mempunyai ikatan yang sangat erat dan tidak dapat dipisahkan.

Kredit: Caters News Agency

Peggy yang berusia 28 tahun, dan Jacob kini menjaga empat anak bongsu manakala lima lagi adik beradik berusia antara lapan dan 14 tahun tinggal bersama Thad dan Loryn yang tinggal berdekatan di Tampa, Florida.

Pelajar kolej sepenuh masa Jacob berkata: “Saya melihat sekumpulan adik beradik yang memerlukan penjagaan di Facebook.

“Saya memberi respon bahawa saya ingin membantu dan ibu meghubungi saya untuk bertanya sama ada saya serius mengenainya.

Kredit: Caters News Agency

Dia mencadangkan kami mengambil yang lebih muda dan mereka menjaga yang lebih tua supaya adik beradik tersebut tidak berpisah.

“Ia merupakan perkara yang luar biasa kerana semuanya datang dari perkongsian di Facebook.

“Beberapa hari kemudian, kami mempunyai sembilan orang anak.”

Kredit: Caters News Agency

Peggy tahu ia mungkin menjadi perkara yang sukar untuk dilakukan kerana terlalu mengejut tetapi dia akan berusaha sedaya upaya untuk membesarkan mereka. Pada mulanya mereka tidak tahu di antara sembilan beradik tersebut terdapat seorang anak kecil yang masih bayi kerana perkongsian tersebut hanya menunjukkan lapan orang beradik.

Kredit: Caters News Agency

Ibu Jacob, Loryn tidak sanggup untuk memisahkan mereka dan mahu mereka membesar bersama. Walaupun ramai mengatakan bahawa ideanya itu adalah ‘gila’ namun Loryn tetap dengan pendiriannya. Sembilan beradik tersebut sangat bersyukur dan berterima kasih kerana mereka tidak dipisahkan dan dapat membesar bersama.

Kredit: Caters Clips/Youtube

Sumber: Mirror

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds