KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah memperkenalkan satu lagi perkhidmatan e-hailing menerusi aplikasi ‘TaxiGo’ bagi pengusaha teksi dan kereta sewa di seluruh Malaysia pada 17 November yang lalu.

Kredit: Naijalife Magazine

Menurut Anthony, tindakan memperkenalkan platform aplikasi e-hailing untuk teksi ini membolehkan industri teksi negara semakin berkembang secara positif di samping memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan teksi dengan kadar mampu bayar serta perkhidmatan yang baik.

“Tambangnya adalah mengikut kadar tambang teksi sedia ada.”

Kredit: Chinese Endgadget

Pada masa yang sama, pengendali aplikasi TaxiGo iaitu Cab MMobility Sdn Bhd turut memberi jaminan bahawa aplikasi berkenaan adalah terbuka kepada semua pemandu teksi dan kereta sewa yang memiliki Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV). Bagi pemilik kenderaan persendirian, penggunaan aplikasi ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Di samping itu, Cab MMobility turut menawarkan perkhidmatan tambahan sebagai sumber pendapatan alternatif dengan memasang ‘Media Iklan Digital’ secara percuma pada teksi.

Kredit: World Bulletin

“Pemandu teksi bakal menikmati sumber pendapatan bulanan daripada bukan tambang antara 10 hingga 20 peratus sekiranya teksi mereka dilengkapi dengan iklan digital ini,” ujar Anthony.

Selain Anthony, turut hadir dalam majlis pelancaran TaxiGo di Cyberjaya itu adalah Pengerusi Cab MMobility, Tan Sri Syed Hamis Albar dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kenny Lai.

Kredit: FreeMalaysiaToday

Platform baharu ini dianggarkan dapat memberi manfaat kepada lebih 60,000 teksi berdaftar. Aplikasi TaxiGo boleh dimuat turun menerusi Google Store bagi pengguna Android dan Apps Store bagi pengguna iOS.

Terdahulu pada 15 Disember lalu, Anthony turut melancarkan satu lagi aplikasi khusus untuk pemandu teksi di lapangan terbang iaitu CALLme.

Sumber: Sinar HarianBH Online

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds