Mungkin ada di antara ibu bapa yang pernah mengalami pengalaman anak demam selepas pulang daripada mandi-manda di kolam renang. Mengapa ia berlaku? Bagi kita orang biasa, agak sukar untuk mengenal pasti kebersihan air kolam renang sama ada ia telah tercemar ataupun tidak.

Mungkin pada luaran, airnya nampak jernih dan membiru, jadi kita membuat andaian bahawa air kolam renang itu sudah cukup selamat buat diri kita dan anak-anak.

Kredit : BabyCenter / Gambar Hiasan

Ikuti perkongsian bermanfaat daripada seorang netizen, Taufiq Razif di halaman Facebook yang menjelaskan mengapa kanak-kanak sering jatuh sakit setiap kali pulang daripada mandi-manda dan bermain di kolam renang.

Saya paling risau kalau anak-anak jadi sakit apabila balik dari mandi di kolam renang!

Tidak kisah sama ada demam biasa, batuk ataupun cirit-birit, sebab jatuh sakit selepas balik daripada mandi-manda dari kolam ini adalah sejenis penyakit dikenali ‘Recreational Water Illness’ atau RWI.

Kredit : PetaPixel / Gambar Hiasan

Kuman dalam air kolam ada pelbagai jenis. Ada E.Coli, ada parasit seperti ‘Cryptosporidium’ yang sememangnya susah untuk mati di dalam air kolam walaupun telah diletak klorin.

Sekali sahaja antara kuman ini memasuki saluran penghadaman, anak-anak kita boleh terkena cirit-birit. Jikalau masuk ke telinga dan mata boleh jadi jangkitan . Mata mula jadi pedih dan merah menyala.

Jika anak-anak kita mempunyai luka di tubuh badan, lagi tambah berbahaya. Kerana kuman itu boleh memasuki ke pembuluh darah mereka.

Jadi, jika anak-anak jatuh sakit setelah pulang daripada bermandi-manda di kolam renang, segera bawa anak anda berjumpa doktor.

Untuk perhatian, jika air kolam renang itu mempunyai bau klorin yang sangat kuat, sila berwaspada dan berhati-hati. Kerana itu tandanya bau klorin sudah banyak bercampur dengan najis dan air kencing.

Sumber : Taufiq Razif / Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds