Cosplay adalah berasal daripada gabungan perkataan costume dan play yang merujuk kepada permainan kostum. Hobi ini turut semakin berkembang di Malaysia walaupun ianya menelan kos yang agak banyak dan memerlukan tahap kreativiti yang tinggi.

Pelbagai watak boleh ditiru untuk dijadikan cosplay seperti Naruto, Sailormoon, Iron Man dan juga adiwira terbaharu iaitu Aquaman yang membuatkan satu dunia terpegun melihat lakonan filem itu.

Baru-baru ini, seorang penggemar cosplay dari Thailand menjadi tular dan terkenal dalam sekelip mata selepas mereka semula rupa Aquaman dengan menggunakan buah nanas, sayur-sayuran dan juga jagung! Idea yang luar biasa kreatif!

Kredit: Facebook

Dikenali sebagai Framsook Lek Lek, kepakarannya dalam menggunakan produk makanan dan barangan harian sebagai prop untuk menghasilkan pakaian menyerupai watak Aquaman itu ternyata membuatkan ramai netizen terhibur!

Framsook telah menggunakan kulit buah nanas sebagai baju, sayur berdaun sebagai sarung tangan, rumpai laut sebagai jambang dan misai manakala tali pinggangnya pula diperbuat daripada ikan masin dan dedaun. Sementara itu, bagi meniru otot perut Aquaman pula, Framsook menggunakan enam batang jagung.

Kredit: Facebook

Bagi menjadikan watak cosplay ini kelihatan seperti watak sebenar, Framsook turut meminta seseorang untuk menyimbah air supaya dia kelihatan basah seperti Aquaman.

Selain Aquaman, Framsook juga terkenal dengan pelbagai watak cosplay yang dihasilkannya dengan menggunakan beberapa bahan yang tidak anda sangkakan. Antaranya seperti udang, sudu, isi durian dan bermacam-macam lagi…

Kredit: Facebook

Kredit: Facebook

Kredit: Facebook

Kredit: Facebook

Keunikan dan kreativiti Framsook ini membuatkannya menjadi bualan hangat di Thailand sehingga meraih ramai peminat tersendiri! Bukan sahaja itu, ada juga artis tempatan Thailand yang menyatakan hasrat untuk bertemu dengannya.

Kredit: Framsook Lek Lek/Facebook

Sumber: World of BuzzFramsook Lek Lek/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds