Tidak ramai yang mengetahui bintang Hollywood Keanu Reeves pernah melalui  pengalaman pahit dan kehilangan orang tersayang, pada sebelum dan selepas beliau bergelar bintang popular.

Disebalik kejayaan gemilangnya di layar perak menerusi filem “The Matrix”, “Speed” dan “John Wick”, kehidupan sebenar luar kamera aktor kacak berusia 54 tahun ini boleh digambarkan secara tepat sebagai tragik.

Namun begitu, Keanu Reeves tidak pernah membiarkan kesemua tragedi yang berlaku sebagai satu halangan buat diri, sebaliknya telah berjaya menukarnya sebagai satu misi dalam kehidupan untuk memberi sumbangan dan membantu masyarakat dengan sebanyak mungkin.

Kredit : Stars Changes

Semasa usia Keanu Reeves menjejak 3 tahun, bapanya, Samuel Nowlin Reeves meninggalkan keluarga. Keanu menghabiskan masa remaja dengan berpindah di empat buah sekolah sambil diri menghadapi masalah pembelajaran kerana penyakit disleksia.

Keanu Reeves akhirnya berjaya memperolehi diploma sekolahnya, tetapi tidak lama kemudian, tragedi melanda lagi apabila rakan baiknya, aktor River Pheonix meninggal dunia pada usia 23 tahun akibat penyalahgunaan dadah secara berlebihan. Tidak lama kemudian, ketika karier lakonan sedang meningkat, Keanu telah kehilangan anak pertama yang keguguran dan selepas itu, cinta hatinya, aktres Jennifer Syme juga meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Sudah jatuh ditimpa tangga, adik perempuannya, Kim Reeves kemudian telah didiagnos dengan penyakit leukemia.

Kredit : Stars Changes / bersama dua adik perempuan, Kim Reeves dan Karina Miller.

Keanu Reeves tidak berputus asa. Beliau menghabiskan wang yang banyak untuk membiayai dan mengubati penyakit adik perempuannya itu, yang mana akhirnya telah berjaya dipulihkan. Semenjak itu, Keanu Reeves telah mendedikasikan diri untuk membantu orang lain dengan memberi sumbangan kepada beberapa badan dan hospital dalam membiayai penyelidikan berkaitan penyakit kanser.

Kebaikan hati Keanu Reeves tidak pernah digembar-gemburkan. Tetapi beberapa orang netizen yang pernah mengenalinya secara dekat menceritakan bagaimana aktor ini sebenarnya seorang yang sangat merendah diri serta tidak pernah menganggap dirinya aktor popular yang perlu berasa hebat dan bangga.

Kredit : Alberto E. Rodriguez / Getty Images

Seorang pengguna Reddit, bo2dd2 menulis, “Pada tahun 1990-an semasa saya baru menghabiskan pengajian dan mendapat kerja pertama sebagai pembantu pereka prop di set penggambaran filem ‘Chain Reaction’ dimana Keanu Reeves bergandingan dengan aktor Morgan Freeman. Setiap hari selama beberapa minggu, Keanu membelanja kami semua, pekerja bawahan ini dengan membelikan sarapan dan makan tengahari. Sikapnya yang amat mulia, pemurah dan ikhlas telah membuat kami semua berasa sangat senang bekerja dengannya.”

Tambah netizen ini lagi, “Semenjak itu, saya telah bekerja di 30 buah set penggambaran, tetapi tiada satu aktor yang dapat menandingi kebaikan hati seperti Keanu Reeves. Kebanyakan aktor lain sering menganggap diri mereka lebih baik dan hebat daripada kami. Tetapi Keanu agak berlainan, kerana beliau amat mudah didekati dan hatinya sangat baik.”

Kredit : Quinn Rooney / Getty Images

Kejadian sebenar ini antara ratusan kisah yang pernah diceritakan mengenai aktor Keanu Reeves. Tetapi, aktor Hollywwod disegani ini tidak pernah menjadikan kemurahan hatinya itu sebagai satu bentuk tayangan publisiti murahan. Keanu Reeves tidak pernah mahu menonjolkan diri dengan menunjukkan sudah berapa banyak wang yang beliau belanjakan untuk kerja kebajikan, walaupun banyak badan amal dan hospital telah mendedahkan bahawa Keanu Reeves secara rahsia membiayai pelbagai hospital kanak-kanak di seluruh Amerika Syarikat dengan nilai jutaan dolar.

Menurut laporan sebuah jurnal wanita, Snopes pada tahun 2009, Keanu Reeves berkata, “Saya mempunyai satu yayasan persendirian yang telah bergerak aktif selama lima hingga enam tahun, bagi tujuan memberi bantuan kepada beberapa hospital kanak-kanak dan penyelidikan kanser. Saya tidak suka nama saya diletakkan pada yayasan itu. Biarkan sahaja mereka membuat kerja seperti mana yang sepatutnya.”

Kredit : The Matrix / Facebook

Kemurahan dan kebaikan hati Keanu Reeves yang sentiasa merendah diri tidak terbatas setakat itu. Beliau pernah menderma untuk yayasan SCORE (Spinal Cord Opportunities for Rehabilitation Endowment), satu badan membiayai penyelidikan saraf tunjang.

Semasa penggambaran filem ‘The Matrix” kembali dengan trilogi, Keanu Reeves telah menggunakan wang yang diperolehi daripada keuntungan filem itu untuk membiayai pasukan kesan khas dan kostum. Keanu Reeves juga tidak tamak dengan populariti dan terus dengan kemurahan hatinya apabila bersedia mengurangkan bayaran bagi lakonannya dalam filem “The Devil’s Advocate” dan “The Replacement” supaya pihak produksi dapat mengambil aktor bernama besar Al Pacino dan Gene Hackman bagi membintangi filem tersebut.

Kredit : Axel Schmidt/AFP/Getty Images

Aktor Keanu Reeves mengakui beliau tidak pernah menyamakan nilai wang dengan kebahagiaan. Menurutnya kepada New York Post pada tahun 2000, “Bagi saya, tiada hubungan antara keseronokan kehidupan itu dengan nilai wang. Saya bekerja hanya secara sebahagian, dengan harapan sebahagian yang lain, akan menjadikannya satu filem yang baik. Ada di antaranya yang menemui kejayaan dan saya berasa amat bersyukur, kerana ia akan mencipta peluang yang lain. Saya melihatnya dengan harapan saya akan dapat berlakon lagi.”

Kredit : Stars Changes

Projek terbaru aktor Keanu Reeves ialah menjadi salah satu suara dalam watak filem animasi popular “Toy Story 4” bergandingan dengan aktor dan aktres besar Tom Hanks, Tim Allen, Joan Cusack, Annie Potts dan lain-lain. Filem animasi tersebut akan memulakan tayangan di Amerika Syarikat dan seluruh dunia bermula 21 Jun, 2019.

Lihat video di bawah.

Kredit : NTD Television / Facebook

Sumber : NTD Television / Facebook , The Epoch Times

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds