Teh hijau merupakan minuman yang sangat sinonim dengan kebudayaan masyarakat di Jepun kerana dipercayai mempunyai banyak khasiat kesihatan sejak bertahun lamanya. Namun, ia bukan sahaja menjadi minuman semata-mata kerana banyak lagi kegunaan lain yang boleh dilakukan menggunakan teh hijau, tidak kiralah menggunakan uncang teh ataupun serbuk matcha.

Oleh yang demikian, kami akan kongsikan kepada anda beberapa kegunaan lain teh hijau selain daripada minuman yang boleh anda cuba di rumah.

#1 Melegakan selaran matahari dan iritasi kulit

 

View this post on Instagram

 

Have you tried home made green tea face mask yet? It’s super easy and effective for anti-aging and creating healthy clean skin thanks to the sencha green tea’s powerful antioxidants. You just need to mix 1 tsp of our sencha green tea powder with 2 tsp of flour and water (check out the article of blog at www.j-okini.com for more details 🙏) Clair of Claire’s Veggie Wonders (facebook page) sent me her photo here! Thanks Clair! Check out her page, you can find many tips if you are interested in veggies and healthy lifestyle 😊👍❤ #greenteafacemask #facemask #sencha #organic #beauty #antioxidants #greentea #thévert #Japanesetea #煎茶 #抹茶 #緑茶 #MatchaMalta #jokiniproductsfromjapan

A post shared by J-okini – Products from Japan (@jokiniproductsfromjapan) on

Lazimnya, lendir daun lidah buaya menjadi penawar kepada selaran matahari, tetapi teh hijau juga boleh membantu melegakan keradangan. Bagi mereka yang terdedah pada cahaya matahari, boleh rendamkan kain bersih di dalam air teh hijau kemudian letakkan pada bahagian yang terdedah.

#2 Menghapuskan bau kurang menyenangkan 

Uncang teh yang belum digunakan boleh digunakan untuk membasmi bauan di sekitar rumah anda – di dalam peti ais, bakul sampah, kasut sehinggalah ke ruang laci penyimpanan.

#3 Membersihkan kotoran minyak pada pinggan

Uncang teh yang telah digunakan juga berguna – ia berupaya menganggalkan kotoran minyak pada pinggan mangkuk. Ia juga bertindak seperti span-span kecil.

#4 Menyelamatkan pokok daripada terlalu lembap

Kelembapan yang berlebihan pada pokok yang ditanam adalah tidak baik. Oleh itu, uncang teh hijau berupaya menyerap lebihan air jika diletakkan pada bahagian bawah  di mana ia berfungsi untuk melindungi pokok daripada terlebih lembap selain mengagihkan kelembapan dengan lebih berkesan.

#5 Memperbaiki tahap kesihatan oral 

Kopi dan air berkarbonat mampu mengotorkan gigi namun teh hijau pula berupaya meningkatkan tahap kesihatan gigi anda sekiranya anda minum tanpa gula. Oleh kerana ia mengandungi molekul yang dikenali sebagai ‘catechins’, maka ia mampu dapat menguatkan gigi anda!

#6 Mengurangkan pendarahan 

Jika mana-mana bahagian tubuh anda terluka, teh hijau dapat membantu anda di saat-saat kecemasan. ‘Tannins’ yang terkandung di dalamnya berupaya memberhentikan pendarahan berterusan dengan membekukan darah. Anda hanya perlu meletakkan uncang teh yang telah disejukkan pada bahagian yang berkenaan.

#7 Mengurangkan berat badan ketika tidur 

Kredit: Medical News Today

Seperti yang kita sedia maklum, teh hijau sangat membantu misi untuk mengurangkan berat badan kerana ia langsung tidak mengandungi kalori. Apa kata anda cuba meminumnya 2 jam sebelum tidur. Cuba dan lihat hasilnya.

#8 Melindungi kulit daripada sinaran merbahaya 

Apabila teh hijau diminum, ia berupaya melambatkan proses penuaan, menghalang kulit daripada sinaran UV, memperbaiki tona kulit dan juga mengurangkan jerawat! Ia juga boleh merupakan agen pengelupasan kulit bagi memperbaharui kulit baru.

#9 Mengurangkan bengkak bawah mata 

Jika selama ini kita lihat mata diletakkan dengan hirisan timun, kali ini apa kata anda cuba letakkan uncang teh yang telah digunakan pada bahagian mata anda. Namun, pastikan ianya telah sejuk sebelum diletakkan ya.

#10 Menghaluskan kedutan 

Teh hijau juga berupaya mengurangkan kesan penuaan kerana ia mengandungi antioksidan. Rendamkan tisu pada air teh, kemudian sapukan pada wajah.

#11 Menguatkan kuku 

Kredit: Ariannha

Jika anda mempunyai masalah dengan kuku anda yang rapuh, rendamkan ia di dalam larutan air teh bersama dengan minyak pati teh hijau sekali dalam tempoh seminggu kerana ia mampu membantu ia tumbuh dengan lebih sihat, berkilat selain memperbaiki warnanya.

Sumber: Brightside

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds