GEORGETOWN – Seorang pelajar Malaysia berusia 19 tahun diiktiraf oleh Pendidikan Antarabangsa Penilaian Cambridge sebagai ‘Top in the World’ setelah berjaya memperoleh keputusan 100% dalam kertas Matematik A-Level.

Kredit: The Star

Pelajar dikenali sebagai Teh Yu Xuan itu memberitahu bahawa dia amat meminati matapelajaran Matematik tetapi tidak pernah menyangka akan memperoleh keputusan cemerlang 100/100 dalam subjek berkenaan.

“Saya mengharapkan markah itu kerana saya menyukai Matematik sejak sekolah rendah tetapi tidak fikir ia akan menjadi kenyataan. Ini adalah berita yang sangat baik untuk saya dan keluarga kerana ibu bapa saya selalu memberikan semangat.”

Menurut Yu Xuan lagi, “Saya mungkin boleh belajar Matematik Tulen atau Matematik Gunaan pada masa akan datang kerana saya mahu melakukan sesuatu yang saya minat demi mencapai impian saya.”

Kredit: Video Blocks

mStar melaporkan bahawa Yu Xuan merupakan pelajar jurusan sains di Kolej Universiti KDU Pulau Pinang telah menerima penganugerahan berkenaan pada majlis Anugerah Pelajar Kecemerlangan Cambridge 2018 pada bulan lalu.

Sejak tahun 2004 lagi, setiap pelajar dari lebih 40 buah negara telah menyertai ujian Cambridge peringkat A-Level dan bagi pelajar yang mendapat markah tertinggi untuk subjek tertentu akan diberikan anugerah ‘Top in the World’.

Kredit: mStar

Pada masa yang sama, Yu Xuan juga mencatat keputusan A dalam subjek Fizik dan Kimia meskipun mendakwa kedua-dua kertas peperiksaan terbabit sangat mencabar dan sukar untuk dijawab.

“Jika anda mempunyai minat dalam apa yang anda lakukan dan mampu berlatih berjam-jam, ia akan membawa anda untuk memperoleh apa yang anda impikan.”

Sumber: mStarThe Star

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds