CARACAS – Setiap kakitangan syarikat pembuatan tayar Goodyear Tire & Rubber Co. di Venezuela diberikan 10 buah tayar sebagai bayaran pemberhentian kerja apabila syarikat dari Amerika Syarikat itu memutuskan untuk menghentikan operasinya di negara berkenaan.

Kredit: Tires & Parts

Keputusan untuk menarik diri daripada terus beroperasi di Venezuela adalah berikutan krisis ekonomi yang teruk di negara tersebut.

Menurut salah seorang ahli persatuan pekerja kilang Goodyear iaitu Eduar Bremo, syarikat telah membayar pakej memberhentikan kerja kepada lebih daripada 1,200 kakitangan dan memberikan setiap seorang 10 buah tayar. Tayar yang berkualiti ini mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran hitam di Venezuela yang mengalami kekurangan bekalan barangan kronik.

Kredit: news.com

“Matlamat kami adalah untuk mengekalkan operasi tetapi keadaan ekonomi dan sekatan Amerika Syarikat telah menjadikan ianya mustahil,” memetik kenyataan daripada pihak Goodyear.

Keadaan ekonomi yang semakin merosot di negara berkenaan sejak tahun 2014 turut mengakibatkan beberapa syarikat besar lain terpaksa menghentikan operasi. Bloomber melaporkan bahawa Ford yang merupakan salah sebuah syarikat Amerika Syarikat mula menawarkan pembelian kereta kepada para pekerja di Venezuela.

Kredit: Tire Stickers

Antara firma asing lain yang turut mengambil keputusan meninggalkan Venezuela adalah Kellogg, Kimberley Clark dan juga beberapa syarikat penerbangan.

Sumber: JalopnikMalaysian Gazette

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds