SINGAPURA – Pada 11 Disember lalu, seramai tujuh orang individu telah didiagnosis dengan kerosakan hati selepas memakan buah tunjuk langit ataupun nama saintifiknya Swietenia macrophylla’. Buah tunjuk langit sememangnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat di Asia Tenggara khususnya kerana dipercayai berupaya membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan mengawal kandungan gula dalam darah.

Hal ini walau bagaimanapun dinafikan oleh pihak berkuasa yang menyatakan setakat ini, tiada sebarang kajian terperinci dijalankan bagi membuktikan keberkesanan buah tersebut. Oleh yang demikian, pihak Health Sciences Authority (HSA) memberi amaran kepada orang ramai agar melupakan hasrat untuk memakan buah berkenaan.

Lima daripada tujuh pesakit berkenaan yang berada dalam lingkungan umur 40 hingga 70-an telah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Difahamkan bahawa HSA menerima tujuh laporan berkait dengan gangguan fungsi sehingga kegagalan hati sepanjang tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Selain itu, seorang pesakit mengalami kecederaan buah pinggang dan seorang lagi pesakit mengalami kesakitan pada sendi-sendi. Kebanyakan mereka dilaporkan mempunyai keadaan penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi, darah tinggi, selain mengambil ubat-ubatan lain secara serentak.

Difahamkan bahawa kecederaan hati yang berlaku pada pesakit berkenaan terjadi selepas 30-45 hari pesakit mengamalkan pengambilan buah berkenaan. Manakala seorang pesakit pula mendapati bahawa dirinya didiagnos dengan kecederaan hati setelah enam bulan pengambilan buah tunjuk langit itu.

Lima daripada tujuh orang perakit tersebut memperoleh buah tunjuk langit mentah dari Malaysia dan telah memakannya sebanyak sepuluh hingga lapan biji sehari. Selebihnya pula mengambil dua biji kapsul sehari.

Menurut HSA lagi, sebuah produk telah dibeli menerusi penjualan atas talian di laman blog dengan label “Natural Miracle Healer” manakala produk dari Malaysia yang lain, tidak diketahui jenamanya. Oleh yang berkenaan, HSA menasihati orang ramai agar rujuk pakar sebelum mencuba sebarang produk yang mendakwa mampu merawat tahap kesihatan pesakit terutamanya sakit kronik.

Sumber: straitstimesmalaymail

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds