Apakah yang akan anda lakukan jika wang mulai turun dari langit? Orang yang berjalan di sepanjang Jalan Fuk Wa di Sham Shui Po, Hong Kong, menyaksikan wang kertas yang turun dari atas pada Sabtu lepas.

Video yang disiarkan secara atas talian menunjukkan bahawa wang kertas itu dibuang dari bumbung sebuah bangunan, turun melalui udara sebelum mendarat di atas jalan raya yang sibuk di bawah.

Orang yang lalu-lalang di situ dilihat dengan pantas merebut wang kertas, manakala beberapa orang yang lain memanjat ke atas bumbung stesen kereta bawah tanah untuk mengutip wang kertas tersebut.

Foto-foto di media sosial menunjukkan bahawa sekeping wang kertas tersebut bernilai HK $ 100 (RM53.37). Seorang pengguna Facebook menunjukkan bahawa dia telah mengutip sekurang-kurangnya enam keping wang kertas tersebut.

Polis dipanggil ke tempat kejadian setelah menerima laporan mengenai seseorang yang mengedarkan wang tersebut di Jalan Fuk Wa, dan memberitahu orang ramai supaya tidak mengambil wang tersebut, kata South China Morning Post (SCMP).

Dalam kejadian itu, pegawai polis dapat mengumpul wang kertas berjumlah kira-kira RM2,667.00, dan tiada siapa yang ditangkap, menurut laporan itu.

Video secara langsung di laman Facebook Epoch Cryptocurrency yang bermula pada 2.42 petang menunjukkan seorang lelaki yang memakai hoodie hitam berkata dalam bahasa Kantonis: “Saya harap semua orang di sini akan memberi perhatian kepada peristiwa penting ini … (Saya) tidak tahu sama ada antara anda akan percaya wang boleh turun dari langit.”

Seperti yang dilaporkan oleh SCMP, lelaki itu dipercayai pemilik Epoch Cryptocurrency, halaman Facebook yang mempromosikan cryptocurrency.

Lelaki tersebut dikenali ramai dalam atas talian sebagai Coin Young Master dan nama sebenarnya ialah Wong Ching-kit. Bowen Press berkata lelaki berusia 24 tahun itu menafikan dakwaan dia adalah punca disebalik kejadian itu.

Tetapi Agence France-Presse kemudian melaporkan bahawa dia ditahan semalam kerana menyebabkan gangguan di tempat awam.

Kredit: Hoyee Lau/Facebook

Sumber: THE STRAITS TIMES, Hoyee Lau/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds