Secara umumnya, ujian personaliti pertama kali muncul pada tahun 1920-an. Ia digunakan secara dasarnya dalam proses pemilihan anggota keselamatan seperti tentera khususnya. Namun kini, terdapat banyak ujian personaliti yang boleh kita ambil kerana ia bertujuan untuk mengenali psikologi sesiapa sahaja. Baiklah, tanpa membuant masa, apa kata anda perhatikan gambar di bawah kerana jawapannya akan mendedahkan ciri peribadi anda.

Berapa ekor kuda yang anda nampak?

Kadang-kadang cara anda menghadapi situasi dapat mempengaruhi keputusan anda secara negatif, namun ia turut berguna di lain masa. Persepsi – andaian, intuisi, dan penghakiman adalah penting kerana ia dapat membantu anda untuk membuat keputusan. Setiap keputusan yang anda buat mencerminkan keperibadian anda.

Seekor kuda

  • Anda bukanlah seorang pemerhati yang teliti dan gemar melihat perkara daripada sudut luarnya sahaja tetapi kadang kala berupaya memahami makna sebenar sesuatu perkara
  • Anda tidak akan terganggu dengan perkara-perkara kecil dan senang membuat keputusan
  • Percaya pada semangat bersatu padu. Menjadikan anda seorang pemimpin dan boleh bekerjasama dengan baik
  • Agak sukar untuk orang lain membuatkan anda percaya dengan apa yang anda tidak percaya dan anda juga tidak peduli dengan apa yang orang fikir tentang anda

Antara 5 – 10 ekor kuda

  • Anda serius dalam sesuatu perkara atau situasi kerana anda cuba untuk memberikan yang terbaik
  • Seorang yang gemarkan kesempurnaan dan sentiasa fokus pada tugas anda membuatkan anda dengan mudah dapat mencapai apa yang diimpikan
  • Kadang kala anda agak cuai juga dalam melakukan sesuatu
  • Anda suka apabila diri anda ditunggu-tunggu oleh orang lain membuatkan anda suka untuk merencanakan semuanya
  • Mempunyai keyakinan yang tinggi tetapi kadang kala anda akan memperlekehkan sesuatu yang akhirnya membawa kepada kegagalan

11 atau lebih ekor kuda

  • Anda sangat teliti orangnya dalam menjalankan tugas
  • Seorang yang akan memastikan perkara akan berjalan lancar mengikut apa yang anda aturkan
  • Suka lakukan sesuatu secara teratur dengan mengikut prosedur atau arahan yang akhirnya membawa kepada hasil yang mantap
  • Anda tidak mudah berpuas hati dan mahukan hasil yang melebihi daripada apa yang anda jangkakan
  • Jangkaan yang terlalu tinggi kadang kala membuatkan anda rasa kurang selamat dengan hasil yang anda telah capai

Diilustrasikan oleh Daniil Shubin untuk BrightSide.me

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds