AMERIKA SYARIKAT – Seorang lelaki berhadapan dengan nasib malang apabila terperangkap di dalam sebuah lubang asap dapur yang berminyak selepas gagal dalam cubaan untuk merompak sebuah restoran di California.

Lelaki berkenaan difahamkan sedang cuba untuk merompak sebuah restoran makanan Cina yang terletak di Jalan Bockman, San Lorenzo dengan memasuki lubang saluran asap yang bersambung pada dapur, namun gagal setelah terperangkap dalam lubang penuh dengan minyak.

Kredit: Alameda County Fire Department

Menurut pihak berkuasa, lelaki tersebut telah terperangkap selama 2 hari sebelum diselamatkan selepas pasukan bomba Alameda County mendapat laporan daripada individu yang terdengar tangisan meminta tolong yang datang daripada lubang berkenaan.

Kredit: Alameda County Fire Department

Setibanya anggota penyelamat di sana, mereka mendapati bahawa terdapat seorang lelaki terperangkap di dalam lubang dengan tubuhnya diselaputi oleh minyak.

Usaha menyelamatkan lelaki yang terperangkap itu memakan masa selama 30 minit dan menurut syerif, lelaki itu mungkin tidak akan dapat bertahan jika masih terperangkap untuk tempoh sehari lagi. Hal ini kerana lelaki berkenaan mengalami keletihan serta dehidrasi yang dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Kredit: Alameda County Fire Department

Pihak polis kini masih lagi dalam proses membuat keputusan tentang hukuman yang bakal dikenakan pada lelaki itu namun motifnya sudah jelas menunjukkan bahawa dia berniat untuk merompak restoran tersebut.

Video di bawah menunjukkan laporan mengenai kejadian tersebut

Sumber: abcnews

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds