National Geographic telah menjadi sinonim dengan fotografi yang mana majalah itu sentiasa mempamerkan keindahan dan keajaiban dunia.

Sudah tentu pertandingan foto tahunan mereka merupakan acara yang berprestij dan hangat yang mendapat sambutan dari orang ramai.

Para hakim pasti sukar untuk mencari pemenang di antara beribu-ribu foto yang menarik yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Inilah antara beribu-ribu gambar luar biasa yang mengambil bahagian dalam pertandingan foto National Geographic 2018, sangat mengagumkan!

Mata yang ingin tahu, Sanghamitra Sarkar

Seorang gadis kecil puak berharap untuk menjadi sebahagian daripada dunia moden yang di luar sempadan kampung bersuku tradisionalnya.

Pilihan rakyat: Ini semua adalah satu kekaburan, Susan Blick

Beginilah perasaan apabila berada di jalan-jalan di India yang luar biasa.

Tempat Kedua, Kategori Tempat: Thunderbird Dalam Habuk, Nicholas Moir

Sebuah kereta Ford Thunderbird berkarat yang diselaputi oleh habuk merah yang berpunca daripada ribut petir di Ralls, Texas.

Pilihan Rakyat Kategori Hidupan Liar: Gigi bayi, Yaron Schmid

Anak singa ini bermain dan menggigit ekor ibunya seperti anak kucing menggigit benang.

Tanah terbakar, Leighton Lum

Baru-baru ini gunung berapi Kilauea meletus menyebabkan ribuan galon lava mengalir ke lautan. Ia adalah pemandangan yang luar biasa untuk menyaksikan kuasa letusan ini!

Pilihan Rakyat: Persalinan kulit, Mix Dexter

Chameleons menyalin kulit mereka secara kerap tetapi tidak seperti ular, chameleons menyalin kulit sedikit demi sedikit dan bukannya secara keseluruhan dalam satu masa.

Rautes, Mattia Passarini

Rautes adalah salah satu dari orang nomad yang terakhir di Nepal yang tidak pernah menetap secara kekal di mana-mana tempat pun. Foto ini diambil ketika seorang ibu yang berpindah sambil membawa anaknya di dalam bakul.

Tempat Pertama, Kategori Hidupan Liar: Terbang untuk melintas, Pim Volkers

Gambar ini dirakam ketika Pim Volkers melihat sendiri Wildebeest (haiwan Afrika yang besar dengan ekor panjang dan tanduk yang melengkung ke sisi yang tinggal di kawasan yang dilindungi rumput) melintasi Sungai Tanzania Mara.

Kawan baik, Heather Nicole

Anak beruang ini berhenti bermain dan menikmati ketenangan dan keindahan alam.

Menyelam di Laut Putih, Rusia, Viktor Lyagushkin

Gambar ini dirakam dari bawah lapisan ais yang tebal dan sejuk!

Gunung berasap, Michael Fung

Inilah bentuk awan yang terbentuk di atas gunung yang terkenal di Taman Negara Torres del Paine, Patagonia, Chile. Gambar diambil ketika perubahan cuaca yang berlaku dengan pantas.

Flamenco Del Caribe Salinera Salsol, Fernanda Linage

Setiap tahun flamingo akan datang ke lagun merah Yucatan Mexico untuk membina sarang, bertelur dan menetaskan telur serta menjaga anak-anak mereka sehingga si kecil itu cukup besar untuk berdikari.

Pemenang Hadiah Utama: Jassen Todorov

“Dengan merakam detik seperti ini, saya berharap kita semua akan menjadi lebih sedar dan lebih peduli terhadap planet kita yang indah.” Jassen

Sumber: BOREDPANDA

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds